Seorang wanita Thailand, Duangduen terkejut apabila ditampar di bahagian muka dengan buah durian semasa sedang memberhentikan motosikalnya di hadapan Kuil Chang Rong di mukim Nai Mueng untuk menjawab telefon.

Menurut laporan NextShark, wanita itu ditampar oleh seorang lagi wanita yang dikatakannya diupah sebagai pemungut hutang. Selepas menampar Duangduen sehingga mukanya berdarah, penyerang tersebut melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah pikap.

Duangduen sejak itu telah meminta bantuan media tempatan selepas tiada perkembangan dalam aduan yang difailkan olehnya di Balai Polis Mueng Lamphun selepas kejadian itu.

Ketika ditemubual, dia mengaku telah meminjam kira-kira 20,000 baht (kira-kira RM2,400) daripada pemberi pinjaman wang tahun lalu dengan tujuan untuk membuka sebuah kedai bersama dengan rakannya. Disebabkan masalah kewangan, dia berkata pembayaran balik faedahnya bertukar menjadi 700,000 baht (kira-kira RM86,217).

COVID-19 telah memberi kesan kepada pendapatan kedainya sehingga dia tidak mampu untuk membuat pembayaran balik. Peminjam itu kemudiannya dikatakan mengupah pemungut hutang yang menyerang Duangduen dan mengungut rakannya. Rakan Duangduen dilaporkan melarikan diri kerana takut.

Duangduen difahamkan telah menghubungi jabatan rasmi kerajaan untuk meminta bantuan. Pemberi pinjaman kemudiannya bersetuju untuk menghentikan pembayaran balik, tetapi tidak pernah berhenti mengancam Duangduen sehingga sekarang.

Raja Thailand kuarantin diri di Jerman bersama 20 orang gundik. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Raja Thailand Kuarantin Diri Di Jerman Bersama 20 Orang Gundik

‘3 Biji Hanya RM150’- Netizen Terkejut Durian Duri Hitam Dijual Murah Di Singapura

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand