Setiap rumah dan keluarga memiliki adat dan peraturan tersendiri. Sedikit berbeza, pengguna Twitter @wanyusri16 ini berkongsi peraturan makan di rumah Ayah Long.

Menerusi perkongsian tersebut, peraturan itu akan disukai lelaki kerana air basuh tangan disediakan, lelaki makan dahulu manakala wanita akan standby jika ada yang tidak cukup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selesai makan, lelaki tidak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau cuci pinggan. Tambahnya, beliau dimarahi oleh Enda (Isteri Ayah Long) sebab cuci pinggan lepas makan. Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja manakala memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita.

Akan tetapi, perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata tidak bersetuju dengan ‘adat’ sedemikian rupa. Malah, ketika ini zaman sudah berubah dimana lelaki dan wanita sama sahaja, diskriminasi jantina tidak seharusnya wujud.

Apa pula pandangan anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju dengan adat sedemikian rupa atau sebaliknya?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC

Hanya Duduk Dan Pandang Kamera, Netizen Bingung Video TikToker Ini Raih Lebih 20 Juta Tontonan