title=

Susah nak percaya.

Wanita ini menghasilkan jualan USD25,000 sehari dengan hanya menyeret beg bertayar dan menggunakan kenderaan awam (teksi dan keretapi) untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk membuat penghantaran bagi tempahan dari pelanggan beliau.

Tapi inilah realiti nya bagi Francesca Sparvoli. Beliau perlu bekerja selama 6 ke 7 hari seminggu untuk menghantar cendawan yang bernilai semurah USD750 untuk 1 pound!

Truffles merupakan sejenis cendawan yang tumbuh didalam tanah dan sangat digemari di Eropah.

title=

Untuk mendapatkan cendawan ini, sekumpulan anjing terlatih perlu digunakan untuk mengesannya dengan menggunakan deria bau.

Perubahan iklim dan persekitaran menyebabkan pengeluaran cendawan Truffles ini merosot dengan banyak sekali sejak kebelakangan ini.

Tambahan pula usaha untuk membiakkan cendawan ini secara komersial masih gagal meskipun berbagai kajian dan R&D telah dijalankan.

Dan hingga kini, cendawan ini hanya boleh tumbuh meliar didalam tanah, di persekitaran yang terhad.

Jom kita tonton bagaimana Francesca melalui rutin sehariannya sebagai “The Truffle Lady of New York”.

Credit : The Bloomberg News

Agak-agak ada tak tumbuhan dari Malaysia yang mungkin boleh dijual semahal ni? Mungkin ada ;)

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤