Sekiranya anda pernah menonton rancangan Shark Tank yang ditayangkan di televisyen mahupun Netflix pastinya anda cukup tahu dengan konsep rancangan ini. Dibarisi pelabur-pelabur yang berpengalaman dalam dunia bisnes, rancangan ini memaparkan bagaimana pengasas bisnes meyakinkan para pelabur melalui pitch yang dibuat.

Menerusi episod kedua musim kesebelas, Amber Leong yang berasal dari Malaysia berjaya mencuri perhatian ramai melalui pitch dan produk yang ditampilkan. Menawarkan sebuah lampu mimik cahaya matahari, produk beliau dikatakan mampu memperbetulkan body clock serta meningkatkan fokus seseorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
71879855_2225454007715553_6168876993422032896_o
Sumber: facebook Circadian Optics

Buat anda yang pernah menonton rancangan ini pastinya anda tahu betapa skeptikal Mark Cuban mengenai produk yang menjanjikan sesuatu diluar jangkaan khususnya melibatkan kesihatan.

Walau bagaimanapun, pitch beliau yang hebat serta angka penjualan yang ditampilkan berjaya membuatkan para pelabur yakin serta berminat untuk melabur dalam syarikat beliau sebanyak $800,000 (RM3.36 juta) dengan ekuiti 20%.

Berdasarkan perkongsian Amber, Circadian Optics berjaya mencapai jumlah penjualan $4 juta (RM16.8 juta) pada tahun lalu serta menjangkakan angka penjualan terus meningkat pada tahun ini sebanyak $5.6 juta (RM23.5 juta).

71477755_2225156517745302_3769554751155339264_n
Sumber: Facebook Circadian Optics

Melalui rancangannya, pelaburan yang diterima akan beliau gunakan meningkatkan jumlah produksi serta menawarkan lebih banyak rangkaian kedai yang menawarkan produk ini.

Untuk pengetahuan, Amber Leong yang berasal dari Kuala Lumpur mulai melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat setelah berjaya menamatkan diploma di Kolej Tunku Abdul Rahman. Beliau yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat korporat memilih untuk fokus membangunkan Circadian Optics bersama suami merangkap pengasas bersama beliau, Chew Kin Mun.

Lebih membuatkan hati pelabur tersentuh apabila beliau berkongsi bagaimana kehidupan keluarganya yang susah serta sedaya upaya menghantar beliau ke Amerika Syarikat untuk mengubah nasib keluarga membuatkan beliau berazam untuk berusaha lebih keras.

Tersentuh dengan ceritanya, Mark Cuban dan Lori Greiner selaku pelabur dalam rancangan ini memilih untuk memberi $50,000 (RM209,675.00) tambahan kepada beliau sebagai hadiah buat ibu bapanya.

71944646_2226163730977914_4611101954414739456_n
Sumber: facebook circadian optics

Circadian Optics menawarkan lima jenis produk terdiri daripada Lumine, Lumos, Lampu, Lattis dan Luxy. Produk yang menjadi pilihan beliau sudah tentunya Lampu dimana namanya diinspirasikan daripada Bahasa Melayu. Produk keluaran Circadian Optics mula ditawarkan pada harga $44.99 (RM189) sehingga $69.99 (RM294).

Tahniah diucapkan buat Amber Leong diatas kejayaan beliau meraih pelaburan yang besar melalui rancangan ini sekaligus menjadi Rakyat Malaysia pertama yang berjaya menerimanya. Anda boleh tonton sedutan pitch Amber Leong melalui video di bawah.

Kami yakin cerita ini pastinya membuatkan Rakyat Malaysia terinspirasi diatas pencapaiannya. Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel lain mengenai pencapaian Anak Malaysia diluar negara.

Neelofa Berjaya Merangkul Anugerah ‘Influencer’ Di IAM 2019 Monaco

Lelaki Malaysia Ini Berjaya Mengolah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dari Itali

Sumber