Wanita ini mempunyai masalah gayat tempat tinggi yang sangat teruk selain tidak menggemari aktiviti lasak, namun disebabkan kerana terlalu suka melihat akan keindahan alam semula jadi, wanita ini mendaki sudah menawan 10 gunung di dalam dan luar negara untuk kepuasan dirinya sendiri.

Nurainina Aziz, 33, dari Kampung Besut, Kemaman bukan sahaja pernah menawan gunung-gunung terkenal di Malaysia seperti Gunung Angsi di Negeri Sembilan, Gunung Santubong di Sarawak dan Gunung Kinabalu di Sabah.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Malah, wanita itu juga berjaya menawan puncak Gunung Mardi Himal yang ketinggiannya mencecah 4,500 meter di Nepal pada bulan Mac lalu.

Sumber Gambar: Harian Metro

Menurut perkongsian eksekutif analitik perniagaan itu, beliau pada mulanya tidak berminat untuk mendaki gunung kerana mempunyai masalah gayat yang teruk. Tetapi atas desakan rakannya, beliau memberanikan diri mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Tebu di Besut ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 2005.

“Walapun dalam ketakutan, saya gagahkan diri untuk sampai ke puncak dan akhirnya pemandangan indah di puncak Gunung Tebu itu membuatkan saya terpesona. Bermula dari situ, saya menjadi pemburu pemandangn indah dari puncak gunung, boleh dikatakan separuh gunung terkenal di dalam negara telapun saya tawan.” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, dia bukan kaki mendaki seperti orang lain yang menjalani latihan mendaki bukit atau gunung pada setiap hari. Sebaliknya, apabila ada cuti, dia akan berkemas barang yang perlu dan terus ke gunung belum ditawan untuk melakukan pendakian secara spontan.

“Aktiviti pendakian itu membuatkan saya gilakan pemandangan indah, justeru saya akan tetap mendaki hingga ke puncak semata-mata untuk menikmati keindahan alam semula jadi.” ujar wanita itu lagi.

Menurutnya, selain Gunung Kinabalu dan Gunung Mardi Himal, Gunung Rinjani di Indonesia adalah antara gunung paling mencabar pernah ditawan. Dia menceritakan bahawa pada ketinggian 200 meter ke puncak tersebut, ada satu permukaan berpasir yang membuatkan pendakian di situ mengambil masa selama dua jam  untuk sampai ke puncak.

Nurainina turut bercadang untuk menawan Everest Base Camp (EBC) pada Mac tahun hadapan sempena menyambut hari lahirnya.

Kenali 8 gunung tinggi di Malaysia yang sesuai untuk kaki hiking mencabar diri. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

8 Gunung Tinggi Di Malaysia Untuk Dijadikan ‘Wishlist’ Buat Kaki Hiking

10 Lokasi Treking Dan Hiking ‘Best’ Dalam Malaysia Untuk Kaki Gunung

10 Tip Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Jika Mahu ‘Hiking’ Di Norway

Anda Mungkin Suka