Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Marielle Descalsota, wanita muda yang berasal dari Manila dan bertapak di Singapura telah berkunjung ke Johor Bahru, bandar paling selatan di Malaysia. Tujuannya adalah satu, untuk berkunjung dan merasai sendiri pengalaman menetap selama 3 hari di ‘bandar hantu’ Forest City yang terkenal dengan projek mewah bernilai tinggi.

Dia yang bekerja sebagai wartawan untuk Insider menulis dalam catatan pengalamannya bahawa bandar ini dianggap ‘bandar hantu’ kerana kapasiti penduduknya kini kurang dari 5%, manakala laporan terakhir 2019 menyebut bahawa hanya 500 penduduk yang berpindah ke sana.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

“Apabila saya melawat bandar itu, ia mempunyai galeri jualan, pusat membeli-belah, sekolah antarabangsa dan dua pusat peranginan, tetapi sangat sedikit perniagaan yang beroperasi. Sebidang tanah telah dikhaskan untuk pembangunan, tetapi tidak jelas sama ada projek ini akan diteruskan,” katanya.

Insider/Marielle Descalsota

Sepanjang tiga hari di Forest City, Marielle tinggal diĀ Forest City Golf Resort. Ketika sampai di sana, suasana sunyi, jalan raya sepi. Katanya, satu-satunya orang yang kelihatan hanyalah seorang pengawal keselamatan. Dia difahamkan bahawa resort ini telah ditutup selama dua tahun dan akan dibuka semula dalam beberapa bulan akan datang.

Pengalaman pertama ketika sampai diĀ resort tersebut, dia akuiĀ resort ini gah dan mewah. Dia tinggal diĀ suite deluxe untuk tiga malam yang berharga RM458 ($104) untuk satu malam.

Sepanjang berada di sana, Marielle telah merasai beberapa pengalaman yang kurang enak. Dalam tulisan yang disiarkan di laman Insider, beliau menulis bahawa agak sukar untuk berhubung dengan dunia luar kerana talian internet di hotel terbabit perlahan. Manakala dari segi pengangkutan pula, Ā lima syarikat teksi tempatan tidak mahu mengambilnya dan memberi alasan bahawa merekaĀ tidak mempunyai pemandu yang bersedia untuk datang ke resort.

Insider/Marielle Descalsota

“Tiada kedai serbaneka yang ditemui di Forest City, begitu juga perkhidmatan penghantaran makanan ā€” saya menunggu selama dua jam untuk pesanan saya diproses tetapi tidak berjaya,” katanya.

Selain itu, beliau juga menulis pengalaman pengunjung menjerit melihat tikus berlari di ruang makan, jakuzi yang mengeluarkan kotoran karat dan pengalaman ketiadaan elektrik selama lima jam. Bagi isu tikus, pengurusan hotel mengambil tindakan pantas denganĀ meningkatkan kawalan haiwan perosak dari sekali kepada dua kali seminggu. Manakala isu ketiadaan elektrik, pihak pengurusan memberitahu Marielle bahawaĀ Tenaga National Berhad telah melakukan kerja-kerja menaik taraf pada hari ketiadaan elektrik.

Namun beliau tidak nafikan keselesaan sepanjang menginap selama tiga hari diĀ resort tersebut. Pemandangan cantik menghadap padang golf dengan kolam renang besar. Ruang bilik yang luas dan mewah dengan balkoni panorama dan “suasana sunyi sepanjang hari” telah membuatkan beliau tidur nyenyak sepanjang tiga malam menginap di sana.

Insider/Marielle Descalsota

Selain itu, dia bertemu dengan beberapa pelancong dari Singapura yang berkunjung ke Forest City untuk bermain golf kerana ia “menawarkan pengalaman bermain golf yang menarik”. Di laman Google, resort ini mendapat ulasan terbaik dari pengguna yang hadir untuk bermain golf.

“Resort ini kelihatanĀ seperti bernilai untuk wang pada pandangan pertama, tetapi pada penghujung hari ketiga saya, saya dapat melihat mengapa harganya sangat rendah.

“Kakitangannya ramah dan suite ini berpatutan, dan saya dapat melihat mengapa ia menarik untuk set bermain golf.

“Tetapi bagi saya, sebagai pelancong yang tidak cuba menghabiskan sepanjang hari di padang golf, tidak ada sebab untuk berada di resort. Kemungkinan resort ini akan lebih baik di masa hadapan, terutamanya apabila pelancongan mula meningkat. Tetapi buat masa ini, ia bukan tempat yang saya mahu kembali.”

Insider/Marielle Descalsota

Forest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar. Diumumkan pada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah Chinaā€™s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak USD$ 100 bilion.Ā Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak danĀ diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Tahun lalu, sebuah saluran YouTube Top Luxury, telah meletakkan Forest City dalam senarai Most Useless Megaprojects in the World.Ā 

ā€œRakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli pangsapuri ini kerana harga hartanah ditetapkan dengan hanya memikirkan pasaran China. Kemasukan pelabur China ini telah menyebabkan bantahan orang ramai dengan [mereka yang] menentang projek ini menggelarnya sebagai bentuk penjajahan baharu. Jadi selepas bertukarnya kepimpinan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad melarang warga asing memiliki hartanah di Forest City,ā€ kata laporan itu.

Kesan lain mengapa projek ini tidak berjaya adalah berlakunya pandemik COVID-19 di mana kebanyakan pelabur mula menarik diri. Pada awal 2020 sahaja, Ā difahamkan bahawa kurang dari 500 orang yang berpindah masuk ke Forest City. Ia angka yang sangat rendah memandangkan Forest City dibina untuk memuatkan hampir 700,000 orang. Manakala jurujual memberitahu Top Luxury bahawa kurang dari 10 rumah yang berjaya dijual di sana sejak tahun 2020.

Forest City Johor tersenarai sebagai megaprojek paling ‘tidak berguna’ di dunia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Forest City Johor Tersenarai Sebagai Megaprojek Paling ‘Tidak Berguna’ Di Dunia

Projek Forest City Johor Gagal? Ini Jawapan Tunku Mahkota Johor

Malaysia Tidak Benarkan Orang Luar Beli Rumah Di Forest City, Johor