Setiap kali tibanya hari istimewa seperti hari lahir, graduasi, ulangtahun perhubungan dan sebagainya, pasti anda akan merancang untuk memberikan kejutan buat orang tersayang agar mereka gembira, bukan?

Terbaharu, perkongsian Aida Hassan tular di media sosial kerana berikan jambangan bunga duit RM100 sempena hari lahir suaminya. Menariknya, banyak wang RM100 digunakan untuk membuat jambangan bunga ini dan menarik perhatian ramai orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut telah menggunakan wang sebanyak RM34,000 bersamaan dengan angka umur suaminya iaitu 34 tahun.

Berikutan itu, rata-rata netizen berasa terkejut dan ada juga yang ingin mendapatkan hadiah seperti ini walaupun nilai mungkin tidak sebanyak ini. Siapa yang tidak akan gembira jika dapat hadiah seperti ini, bukan?

photo_2020-08-03_09-08-55

photo_2020-08-03_09-09-01

Adakah anda ingin hadiah seperti ini? Mungkin anda pun boleh buat sendiri untuk diri anda sendiri tanpa perlu tunggu sesiapa berikan kepada anda.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan hadiah hari jadi yang menarik pada pautan di bawah ini. 

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Achey Hadiahkan Mesin Thermomix Berharga RM7,188

Terima Hadiah Istimewa, Nabila Huda Berniat Baca Al-Quran Setiap Hari

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya