Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang wanita Singapura yang tular baru-baru ini akibat tidak mahu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam memberi alasan bahawa dia tidak tahu bahawa wujud undang-undang yang mewajibkan pelitup muka dipakai ketika berada di kawasan awam, lapor Free Malaysia Today.

Dalam laporan terbabit, wanita yang bernama Phoon Chiu Yoke, berusia 53 tahun difahamkan telah sekali lagi bersikap degil apabila melanggar aturan ketika berada di mahkamah tanpa memakai pelitup muka.

Dia sebelum itu turut ditegur oleh pengawal keselamatan apabila cuba menanggalkan pelitup muka ketika melihat sekumpulan jurugambar yang bersedia untuk mengambil gambarnya.

Di dalam mahkamah pula, Phoon bertindak menanggalkan pelitup mukanya di hadapan hakim, A Sangeetha sebelum dia diarahkan untuk memakai pelitup muka terbabit sepanjang proses pengadilan berlangsung.

Namun dia sekali lagi bertindak degil apabila menanggalkan pelitup muka sebaik sahaja tamat proses bersama hakim.

Dalam masa yang sama, semasa proses pengadilan. Phoon memberitahu hakim daerah Adam Nakhoda bahawa dia tidak biasa dengan undang-undang baru yang mewajibkan dia memakai pelitup muka di kawasan umum.

Dia memberi alasan bahawa dia baru sahaja pulang dari percutian selama enam hingga tujuh minggu di Scotland dan tidak mengetahui langsung mengenai undang-undang terbabit.

Tambah Phoon lagi, dia hanya tahu mengenai undang-undang terbabit setelah kejadian di Marina Bay Sands pada 15 Mei tular dan menjadi berita utama.

Hakim dalam kenyataannya telah memerintahkan agar Phoon direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi penilaian pakar psikiatri, tetapi dia telah memohon untuk dikecualikan.

Phoon akan kembali ke mahkamah pada 8 Jun ini bagi menghadapi tuduhan tidak memakai topeng di tempat awam.

Yakin ‘customer is always right’, penumpang ETS ini enggan memakai pelitup muka meskipun disuruh. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Yakin ‘Customer Is Always Right’, Penumpang ETS Ini Enggan Memakai Pelitup Muka Meskipun Disuruh

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajudin Jadi Perhatian Netizen

Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka, Kanak-Kanak Berusia Satu Tahun ‘Dikompaun’ RM100

Anda Mungkin Suka