Situasi yang berlaku pada kaum Muslim Uighur telah dikategorikan sebagai pelanggaran hak asasi manusia terburuk sejak Perang Dunia II.

Untuk rekod, lebih daripada satu juta kaum Muslim Uighur telah ditahan di penjara yang dibina khas di wilayah utara-barat Xinjiang, China.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Sehingga hari ini, kerajaan China dengan tegas menafikan dakwaan dunia tentang penindasan kaum yang berlaku di sana. Malah mereka menggunakan alasan bahawa ia adalah kem pendidikan bagi melawan ekstremisme.

gulagtitle3-mr

BBC

Namun melalui satu laporan khas yang dibongkarkan oleh beberapa media antarabangsa di bawah rujukan dokumen sulit bertajuk ‘China Cable’ menceritakan kisah yang sangat berbeza.

Dokumen tersebut menunjukkan kem tersebut dibina dengan keselamatan yang tinggi, manakala para penghuni di sana telah dikenakan hukuman serta penyeksaan yang buruk.

Dalam masa yang sama, beribu-ribu mangsa – terutamanya kaum Uighur – telah melarikan diri ke negara luar bagi mencari perlindung.

Antara negara yang menyambut baik pelarian ini adalah negara Turki sehingga ruang kecil di salah sebuah selok belok Istanbul di rujuk sebagai wilayah masyarakat Uighur.

A Chinese paramilitary policeman (R) wat

Foreign Policy

Melalui satu temuramah khas DW, seorang mangsa pelarian yang dikenali sebagai Gulbahar Jalilova telah menceritakan kisah sebenar disebalik tembok besi yang dibina khas di wilayah utara-barat Xinjiang, China.

“Jika anda ditangkap kerana bercakap dengan menggunakan bahasa asing, anda akan ditahan di dalam satu ruang gelap sebagai tanda hukuman”, kata beliau kepada DW.

Beliau yang ditahan hampir 15 bulan di dalam penjara tersebut juga menyatakan bahawa aktiviti mereka setiap hari adalah menulis kata-kata pujian kepada Parti Komunis China.

Selain daripada itu, mereka juga perlu menadah lengan untuk disuntik selama 10 hari di mana beliau mendedahkan bahawa tidak pasti untuk apa suntikan tersebut tetapi kebanyakkan wanita muda telah berhenti daripada datang bulan.

“Kami juga pernah didenda dengan melakukan senaman dalam keadaan bogel.” kata beliau sebelum menyambung. “Tidak kira berapa pun umur anda – 18 atau 84 tahun, mereka akan merampas kehormatan anda [begitu sahaja].”

Dalam wawancara dengan CNA pada 25 Oktober lalu, Jalilova berkata hubungannya dengan China bermula keruh pada tahun 1997, ketika menjadi ibu tunggal kepada tiga anak sambil menjalankan aktiviti perniagaan membeli pakaian di Xinjiang untuk dijual semula di negara jiran Kazakhstan.

Pada Mei 2017, beliau telah ditahan di salah sebuah hotel di Urumqi.

Pegawai yang menahan beliau telah membawanya ke balai polis, merampas telefon dan membawanya ke bilik soal siasat yang terletak di bawah tanah, di mana dia disoal siasat selama lebih dari 12 jam tentang kegiatannya di luar negara.

Pada malam itu, tanpa mengetahui atas apa tuduhan terhadapnya, beliau diheret dari balai polis ke Penjara No. 3 Urumuqi.

Susulan dengan kejadian tragis ini, sebuah kumpulan aktivis Uighur telah menganjurkan kempen memboikot sukan Olimpik musim sejuk yang akan diadakan di China bermula pada 14 Februari 2022.

Sebelum ini, kami ada menulis bagaimana kerajaan China mengeluarkan larangan baharu mengenai penggunaan bahasa arab di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Isu Halal, Kerajaan China Larang Guna Tulisan Arab Pada Semua Kedai Makanan Muslim?

Anda Mungkin Suka