Trend membeli barangan kini semakin mudah kerana anda hanya duduk di rumah, restoran atau di mana sahaja, anda boleh membeli barang yang anda inginkan. Tetapi perkembangan teknologi yang membolehkan anda membeli barang secara atas talian ada baik dan buruknya.

Baru baru ini, saudari Mimi Shafie telah berkongsi di laman sosial Facebooknya perihal dirinya yang telah ditipu oleh beberapa laman web yang menawarkan harga murah untuk produk jenama terkenal.

Menurut beliau, harga yang ditawarkan tersangat murah, dan pastinya anda yang ‘gila shopping’ akan kelam kabut ingin membeli kerana bimbang produk berkenaan akan sold out. Harga bagi sepasang kasut hanyalah RM22.50 selepas diskaun dan beliau membeli 3 pasang kasut berjumlah RM67.50.

Kemudian, ketika membuat pembayaran menggunakan mastercard, tiba-tiba beliau mendapat mesej bahawa pembayaran telah berjaya dilakukan sebanyak RM180. Pembayaran tersebut adalah sangat mencurigakan kerana harga kasut yang beliau beli hanyalah RM67.50 tetapi pembayaran yang dibuat adalah RM180.

Lantaran itu, beliau terus menelefon pihak bank untuk mengetahui akan status pembayaran tersebut yang mencurigakan dan nasib beliau baik kerana status pembayaran masih pending.  Kemudian, beliau meminta pihak bank untuk menyekat kad bank beliau kerana bimbang lebih banyak duit akan ditolak.

Lebih mengejutkan apabila pihak bank memberitahu jumlah keseluruhan transaksi daripada laman tersebut adalah RM514, berbeza dengan nilai yang sepatutnya iaitu RM67.50.

Ini merupakan satu peringatan untuk mereka yang gemar shopping online untuk lebih berhati-hati dan melihat dahulu website online tersebut sebelum membeli. Pastikan laman yang anda kunjungi adalah laman rasmi jenama tersebut.

Buat anda yang di luar sana, anda haruslah berhati-hati dalam pembelian barang secara atas talian. Banyak kes penipuan atas talian telah berlaku dan menyebabkan kerugian yang banyak. Ingat sebelum terkena!

Sumber