Seorang wanita dipenjara selama dua tahun selepas didapati bersalah memalsukan maklumat peribadinya bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah agensi kerajaan di Australia.

Veronica Hilda Theriault, 46, didapati bersalah menipu dan memalsukan maklumat peribadi membabitkan permohonan pekerjaan pada 2017 sebagai ketua pegawai maklumat dengan gaji sebanyak RM770,776 setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Theriault sebelum ini bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet Australia selama lebih sebulan dan memperoleh kira-kira RM94,206 sebulan sebelum dipecat disebabkan kesalahan menipu.

Dia mengaku bersalah terhadap semua tuduhan dan menerima hukuman 25 bulan.

Theriault telah mengemukakan maklumat peribadi kepada jabatan dengan maklumat palsu yang berkaitan dengan pendidikan dan pekerjaannya terdahulu.

Selepas dia dipanggil untuk ditemuduga, dia juga dikhabarkan ‘berlakon sebagai majikan’ di mana dia ‘memberikan maklum balas yang gempak’ mengenai prestasinya sendiri.

Tetapi pembohongan tidak berakhir di situ. Dalam penghujahan terdahulu, mahkamah mendengar bahawa Theriault menggunakan foto supermodel Kate Upton sebagai foto profil LinkedIn, menurut CNN 7 News.

Dan selepas memulakan jawatan pada bulan Ogos, dia didapati telah mengupah abangnya kerana dia tidak mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan tugasnya.

Kesnya menjadi curiga selepas jabatan mendapati bahawa tahap kesihatan mentalnya merosot tidak lama selepas mula bekerja.

Dalam ucapan penghakimannya, Hakim Michael Boylan berkata dia telah mengambil perhatian terhadap kesihatan mental Theriault, tetapi dia menambah bahawa tuduhan itu ‘serius’ dan terdapat unsur perancangan dalam kelakuannya yang menipu.

Jangan sesekali menipu maklumat peribadai anda jika anda mahu dapatkan pekerjaan. Boleh tengok artikel kami sebelum ini mengenai resume. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Bagaimana Untuk Menghasilkan Resume Berkonsepkan ‘Less Is More’

Mak Dan Anak Tiada Resume, Ini Kisah “Deep” Buat Aku Dan Semua

Sumber