Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sikap membuang sampah keluar dari tingkap kereta ini tidak mengira pangkat, darjat mahupun jenis kenderaan yang dipandu. Menurut JPJ, kesalahan tersebut boleh menyebabkan si pelaku boleh didenda RM2,000 atau penjara 6 bulan.

Jika sebelum ini ada seorang doktor ‘memulangkan’ sampah serta menegur seorang pemandu Myvi, pada minggu ini seorang wanita pula berbuat perkara yang sama kepada seorang pemandu BMW.

Sumber Gambar: TikTok @sitisitieliza

Menurut info yang dikongsikan menerusi sumber asal video, wanita itu mendakwa sampah ‘dipulangkan’ merupakan sampah yang kedua dibuang melalui tingkap kereta BMW tersebut.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, video tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan pengguna TikTok memuji tindakan berani wanita tersebut yang sanggup keluar kereta menuju ke arah BMW terbabit yang terletak beberapa puluh meter di hadapan.

Sumber Gambar: TikTok @sitisitieliza

Sumber Gambar: TikTok @sitisitieliza

Sumber Gambar: TikTok @sitisitieliza

Sumber Gambar: TikTok @sitisitieliza

@sitisitieliza

short story utk hampa 😑 aku selekeh sikit mampuih p

♬ original sound – siti sitieliza – siti sitieliza

Dalam satu video yang lain pula wanita tersebut menyatakan pemandu BMW itu membuang sampah dua kali ketika lampu isyarat di jalan raya tersebut bertukar warna merah sebanyak dua kali.

Wanita itu mula perasan pemandu BMW itu sudah membuang sampah ketika kali pertama lampu isyarat warna merah. Tidak lama selepas itu, ketika lampu isyarat bertukar warna merah untuk kali kedua, sekali lagi pemandu BMW berbuat perkara yang sama.

Lebih menarik lagi, tiada sesiapa pun membunyikan hon walaupun wanita itu serta pengguna jalan raya lain yang berada di belakangnya telah terlepas lampu isyarat warna hijau sebanyak tiga kali.

Semoga video ini memberikan tauladan kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengotorkan jalan raya dengan membuang sampah keluar dari tingkap kereta.

Pada awal minggu lalu, orang ramai memuji seorang doktor yang menegur pemandu Myvi yang membuang sampah keluar dari kereta. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Puji Cara Doktor Gigi Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dari Tingkap Kereta

Orang Ramai Kecam Pemandu MPV Mewah Memotong Di Garisan Berkembar

Anda Mungkin Suka