Siapa yang tidak menggemari ‘raja buah’ iaitu durian? Durian merupakan buah yang terkenal dalam kalangan orang Asia.

Untuk pengetahuan anda, hasil eksport durian memberikan keuntungan kepada negara dengan menyumbang kira-kira RM500 juta setahun dan pihak kerajaan menjangkakan China akan terus import durian sebanyak 1,000 tan metrik setiap bulan.

Gambar Hiasan. Sumber: Google Image

Akan tetapi, tidak ada sesiapa yang menyangka bahawa raja buah ini juga turut dijadikan sebagai medium penyeludupan dadah yang disyaki heroin di sini.

Terbaru, seorang wanita warganegara Malaysia kantoi dalam cubaan menyeludup dadah dengan meletakkannya dalam beberapa buah durian dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak Kastam Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Selangor.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata pemeriksaan dilakukan ke atas 20 kotak styrofoam mengandungi durian sejuk beku untuk dieksport ke Hong Kong.

Dadah tersebut disyaki adalah heroin dan dianggarkan nilai rampasan sebanyak RM953,529. Wanita tersebut telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Berhati-hati dilapangan terbang, jangan pegang atau membawa beg individu yang tidak dikenali. Modus operandi keldai dadah kini berleluasa di airport. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Berhati-Hati Di Lapangan Terbang. Ini Pengalaman Cemas Saya Bila Disyaki Bawa Dadah

Bahaya ‘Syabu’ Dan Kesannya Kepada Pengguna Dadah Jenis Ini

Kenapa Dadah Gembira Erimin 5 Popular Dikalangan Kaki Clubbing

Sumber