Umum tahu TikTok merupakan sebuah aplikasi dimana para pengguna berpeluang menghasilkan video pendek dengan sokongan efek yang pelbagai. Ketagihan sesetengah pengguna ini bukan sahaja berlaku pada golongan kanak-kanak malah mereka yang dewasa juga antara yang terlibat.

Disebalik ‘kehebatan’ aplikasi ini dalam menarik perhatian orang ramai, siapa sangka aplikasi ini menjadi asbab pasangan suami isteri di Tamil Nadu, India ini bertemu semula selepas tiga tahun menghilangkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Untitled_collage
Sumber: India Today

Semuanya bermula apabila si isteri, Jayapradha menjumpai sebuah video di TikTok yang mempunyai wajah seakan sama dengan suaminya, Suresh. Melalui video tersebut, keluarga Jayapradha turut meminta bantuan polis untuk menjejak lokasi suaminya dengan harapan untuk bertemu semula.

Menurut laporan, Suresh berjaya ditemui oleh pihak polis. Beliau turut diberikan pilihan untuk menceraikan isterinya serta hidup secara berasingan atau sebaliknya. Suresh memilih untuk balik ke pangkuan keluarga yang lama terpisah.

843995-suresh-tiktok
Sumber: dnaindia

Berdasarkan siasatan Suresh sebelum ini hidup keseorangan dan tidak terurus. Difahamkan punca beliau melarikan diri daripada keluarganya tiga tahun lalu disebabkan beliau menjalin hubungan bersama wanita trans. Mungkin agak pelik, namun ianya berlaku di dunia nyata.