Membuat kek bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan kemahiran dan peralatan yang tertentu untuk memastikan ia menjadi seperti yang kita mahukan.

Justeru, bukanlah sesuatu yang aneh jika harga sebuah kek boleh mencecah harga puluhan hingga ratusan ringgit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, buat anda yang sudah lama berkeinginan untuk mencuba membuat kek, apa kata anda lihat perkongsian oleh wanita ini menghasilkan White Chocolate Cheese Cake’ hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

Menurut perkongsian itu, untuk membuat white chocolate cheese cake ini anda hanya memerlukan tiga bahan sahaja. Mudah bukan?

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Coklat putih (150 gram)
  2. Keju krim / cream cheese (200 gram)
  3. Krim segar / fresh cream (200ml)

Manakala untuk topping pula, anda juga boleh menggunakan gula serbuk bagi menambahkan lagi seri kek tersebut.

“Optional tapi boleh la nak letak kalau nak bagi cantik bak dilitupi salju gitu,” kongsinya.

Selepas mempunyai bahan-bahan yang diperlukan, ikuti pula empat langkah-langkah seterusnya seperti di bawah;

Langkah pertama: Masukkan 200 gram krim keju dan coklat putih yang telah dipatahkan ke dalam mangkuk.

Kemudian ambil satu lagi mangkuk tahan panas untuk letakkan air panas dan buat seperti kaedah double boiling untuk mencairkan coklat dan krim keju tadi.

Pastikan juga air panas tadi tidak bercampur dengan batter coklat dan krim keju.

BeFunky-collage (85)

Langkah kedua: “Masukkan 200ml fresh cream sedikit demi sedikit sambil gaul sampai fresh cream habis.

Bila dah gaul rata nanti dia akan jadi rata dan smooth macam ni,”.

BeFunky-collage (86)

Langkah ketiga: “Lining kan loyang kek dengan baking paper (bawah & tepi).

Tuang batter tadi, dah habis tuang ketuk-ketuk sikit utk keluarkan udara dalam batter, ratakan cantik-cantik.

Better guna loyang yang boleh cabut bawah tu so bila kek dah siap nanti boleh keluarkan kek dengan cantik,”.

BeFunky-collage (87)

Langkah keempat: “Masukkan dalam fridge, sejukkan 6-7 hours before serve.

Lepas kek dah mengeras, boleh keluarkan & cabut lining tepi tu & tabur powdered sugar.

Nak bagi cantik tabur guna pengayak (yg orang guna utk ayak tepung tu),”.

BeFunky-collage (88)

Hanya dengan menggunakan tiga bahan dan mengikuti empat langkah mudah ini, anda sudah pun boleh menikmati kek yang enak tanpa perlu berbelanja lebih di bakeri-bakeri berhampiran.

Apa kata anda mencuba sendiri resipi yang dikongsikan wanita ini di hujung minggu nanti. Confirm menjadi!

Selain kek white chocolate cheese ini, kami juga pernah berkongsi beberapa resipi yang enak sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Resipi ‘Beef Schnitzel’ Yang Mudah Dan Menyelerakan Untuk Bekal Anak Ke Sekolah

Resipi Roti Goreng Coklat Viral Yang Sedap Dan Mudah Anda Boleh Cuba

Resipi Lazat ‘Mushroom Soup Dan Garlic Bread’ Ala Pizza Hut Anda Patut Cuba

Sumber