Kalau nak dapur berasap selalu, mestilah naikkan mood untuk ke dapur. Tidak kisahlah besar atau kecil, tetapi dapur mesti cantik dan kemas barulah setiap kali masuk dapur rasa gembira.

Seorang pengguna Twitter @yatt_azmi telah berkongsi transformasi dapurnya dan mendapat perhatian netizen. Apa yang mengejutkan, beliau telah membuat sendiri kitchen island dengan menggunakan 4 barangan IKEA secara DIY. Kos keseluruhan untuk beliau hasilkan kitchen island dengan cantik hanyalah RM300 sahaja. Jimat dan murah, bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/yatt_azml/status/1236855174116724737

Sebelum kita melihat barangan yang dibeli untuk menghasilkan kitchen island yang cantik ini, kita lihat dahulu gambar dapurnya sebelum bina kitchen island. Jom kita lihat!

ESoxN74UEAM4HDd

ESuhePlUUAA8jPa

ESuhePmUwAAJOys

ESuheQ4U0AAWRQl

Ruang dalam dapurnya tidaklah terlalu besar, tetapi beliau berjaya DIY bina kitchen island yang cantik dan sesuai dengan konsep keseluruhan dapurnya. Kita lihat pula gambar dapurnya selepas ditambah kitchen island.

EcdWBnLU8AAAbZM

EcdWBnMUYAAfurj

EcdWBnNU4AIuike

Cantik kitchen island DIY yang dilakukan. Menerusi perkongsian beliau, barangan yang dibeli di IKEA adalah seperti di bawah ini:

1. Satu set Capita stainlees steel kaki meja berharga RM25.
2. Skydd wodd treatment oil berharga RM169.
3. Dua Lamplig bamboo chopping boards berharga RM49.
4. Kallax shelving unit berharga RM169.

Malah, beliau juga turut tambahkan bakul jenis rotan pada shelving unit dan membelinya di IKEA dengan harga RM59. Bagi mengukuhkan papan pemotong pada bahagian atas itu, beliau telah screw kan ia menggunakan L-brackets berharga RM3.

Secara total, kos sebenar beliau hasilkan kitchen island tidak melebihi RM400 dan pastinya anda yang memiliki ruang dapur kecil boleh pertimbangkan membuat sendiri kitchen island anda sendiri. Anda haruslah kreatif untuk berjimat!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan mengubahsuai rumah anda yang mungkin boleh jadi ilham untuk anda pada pautan di bawah ini. 

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

Beli Barang Secara Online, Lihat Dekorasi Rumah Dengan Rekaan Moden Dan Cantik Ini Raih 13K ‘Likes’

DIY ‘Brick Painting’ Ini Boleh Dilakukan Dengan Harga Serendah RM150 Sahaja