Salah satu rutin tahunan yang perlu dilakukan untuk penjagaan gigi adalah scaling. Namun, ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan servis scaling yang disediakan oleh KKM yang jauh lebih murah dan mudah diakses.

Menerusi perkongsian akaun Twitter @alenawhz, beliau telah berkongsi cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera. Menariknya, semua proses ini hanya memakan masa sekitar 30 minit sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter @alenawhz

Tambahan pula, anda boleh juga mencari klinik kerajaan berdekatan untuk melakukan scaling tersebut. Boleh ikuti tutorial di  bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Cara melakukan temujanji untuk scaling menerusi aplikasi MySejahtera

1. Pertama sekali, anda perlu melakukan temujanji menerusi aplikasi MySejahtera. Pergi pada halaman utama dan klik ikon Appointment.

Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

2. Kemudian, klik pada nama anda dan skrol sehingga bawah dan tekan Dental Check Up.

cara melakukan temujanji scaling
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

3. Selepas itu, masukan poskod atau nama lokasi pada ruangan yang disediakan dan tekan Search. Jika anda tidak melihat sebarang paparan lokasi, anda perlu bersabar dan menyemak semula pada waktu lain untuk mendapatkan slot untuk rawatan.

cara melakukan temujanji scaling
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

4. Setelah dipaparkan lokasi klinik pergigian yang tersedia, pilih masa slot yang tersedia.

cara melakukan temujanji scaling
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

5. Akhir sekali, klik untuk membuat temujanji dan sahkan menerusi Confirm.

cara melakukan temujanji scaling
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

Anda juga diminta untuk tiba ke lokasi klinik pergigian lebih awal sewaktu temujanji agar semua proses berjalan lancar. Lanjut terus ke kaunter untuk membuat membayar RM1 untuk pendaftaran dan kemudian RM2 pula untuk perkhidmatan perubatan kesihatan pergigian.

Dalam masa 30 minit, beliau mendapatkan rawatan dan juga sempat menerima nasihat daripada doktor yang bertugas. Beliau sangat berpuas hati kerana segala proses sangatlah pantas dan lebih penting lagi layanan yang diterima sangat baik.

Perlu diingatkan, proses ini mungkin mengambil masa yang lama bergantung pada jumlah individu yang membuat temujanji. Jika bernasib baik anda boleh mendapatkan rawatan dalam kadar secepat mungkin.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai boleh memanfaatkan rawatan gigi yang mungkin sebelum ini terlepas pandang. Bukan sahaja semakin mudah, malahan lebih pantas untuk mendapatkan rawatan di dalam kawasan anda sahaja.