Pada zaman sekarang ini, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jenayah yang menjadi trend pada masa kini ialah scam atau penipuan. Ini kerana jenayah ini sangat mudah dilakukan dan ramai orang mudah terpedaya dengan teknik penipuan sebegini.

Minggu lalu, kita digemparkan dengan penularan satu video yang memaparkan sebuah markas sindiket penipuan atas talian diserbu pihak berkuasa di Cyberjaya yang melibatkan 1000 orang warga asing dari negara China ditahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter @lisaa_aa98, memuat naik sebuah video yang menunjukkan kereta yang dinaiki beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki.

Difahamkan kejadian berlaku di RnR Nilai Utara. Beliau dan rakannya berhenti di RnR tersebut untuk memeriksa kereta yang dinaiki mereka yang dikatakan bergegar ketika dipandu. Ketika membuka bonet hadapan, mereka didatangi oleh seorang lelaki berbangsa India yang kemudiannya menegur tentang masalah yang dihadapi mereka.

Menurut gadis tersebut, individu itu hanya mengisi air ke dalam kereta tanpa membuat apa-apa perkara yang berat.

Setelah selesai, individu tersebut meminta upah sebanyak RM150. Terkejut dengan harga upah yang diminta, beliau menawarkan RM50 sebagai upah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi pada waktu itu.

Lelaki tersebut enggan menerima jumlah yang ditawarkan dan meminta beliau transfer duit tersebut secara atas talian. Kemudian, lelaki berkenaan mula memanggil rakan-rakannya untuk mengepung kereta tersebut dan tidak akan berganjak selagi tidak menerima duit dari wanita itu.

Takut apa-apa berlaku kepada diri mereka, adik beliau menghubungi pihak polis secara senyap untuk elak suspek mengetahui tindakan mereka itu.

Selang beberapa ketika, pihak polis tiba di tempat kejadian. Difahamkan lelaki berbangsa India terbabit telah ditahan oleh pihak polis manakala seorang lagi rakan suspek berjaya melarikan diri.

Perkongsian tersebut menarik perhatian rami netizen. Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang mereka terhadap keselamatan wanita tersebut dan rakan-rakannya.

https://twitter.com/elizabethana_/status/1200075402221219840

Ada juga netizen yang turut meninggalkan komen dengan berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dengan kejadian tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian sebegini akan membuatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan jangan mudah percaya dengan kata-kata atau tindakan orang yang tidak dikenali.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan jenayah penipuan yang berlaku baru-baru ini yang mungkin anda berminat untuk membaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kerana Berbangsa India, Lelaki Ini Terselamat Daripada Jadi Mangsa ‘Scammer’ Buat Netizen Terhibur

Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian