Pada zaman sekarang ini, jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jenayah yang menjadi trend pada masa kini ialah scam atau penipuan. Ini kerana jenayah ini sangat mudah dilakukan dan ramai orang mudah terpedaya dengan teknik penipuan sebegini.
Minggu lalu, kita digemparkan dengan penularan satu video yang memaparkan sebuah markas sindiket penipuan atas talian diserbu pihak berkuasa di Cyberjaya yang melibatkan 1000 orang warga asing dari negara China ditahan.
Baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter @lisaa_aa98, memuat naik sebuah video yang menunjukkan kereta yang dinaiki beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki.

Difahamkan kejadian berlaku di RnR Nilai Utara. Beliau dan rakannya berhenti di RnR tersebut untuk memeriksa kereta yang dinaiki mereka yang dikatakan bergegar ketika dipandu. Ketika membuka bonet hadapan, mereka didatangi oleh seorang lelaki berbangsa India yang kemudiannya menegur tentang masalah yang dihadapi mereka.
Menurut gadis tersebut, individu itu hanya mengisi air ke dalam kereta tanpa membuat apa-apa perkara yang berat.
Tolong kami 😭😭 kami dh call polis tpi tgh otw kami sumpah takut ni pic.twitter.com/pwtL3ADsaj
— Bul 🌸🌸 (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Setelah selesai, individu tersebut meminta upah sebanyak RM150. Terkejut dengan harga upah yang diminta, beliau menawarkan RM50 sebagai upah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi pada waktu itu.
7025388410 selvakumar cimb
Ni bank acc dia suruh transfer. Kami nk bla je ni tpi member dia ada walkie talkie then tgh atas motor bole je kejar kami ni yg naik kereta. 😭
— Bul 🌸🌸 (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Lelaki tersebut enggan menerima jumlah yang ditawarkan dan meminta beliau transfer duit tersebut secara atas talian. Kemudian, lelaki berkenaan mula memanggil rakan-rakannya untuk mengepung kereta tersebut dan tidak akan berganjak selagi tidak menerima duit dari wanita itu.
Takut apa-apa berlaku kepada diri mereka, adik beliau menghubungi pihak polis secara senyap untuk elak suspek mengetahui tindakan mereka itu.
Adik aku call polis smbil tunduk belakang kerusi and pintu kami terbuka and dina ckp senyap2 and mmg gelabah.
— Bul 🌸🌸 (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Selang beberapa ketika, pihak polis tiba di tempat kejadian. Difahamkan lelaki berbangsa India terbabit telah ditahan oleh pihak polis manakala seorang lagi rakan suspek berjaya melarikan diri.
😭😭😭😭 pic.twitter.com/zTi9Wu4Apm
— Bul 🌸🌸 (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Perkongsian tersebut menarik perhatian rami netizen. Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang mereka terhadap keselamatan wanita tersebut dan rakan-rakannya.
Alhamdulilah polis dh smpai sruh polis ikut korang smpai rumahh, aishh, hati2 weh lps ni
— ϟ Deng💕 (@elizabethana_) November 28, 2019
Puas hati tengok polis ni marah longkai 😍
— Firdaus Hisham (@firdaushshm) November 28, 2019
Ada juga netizen yang turut meninggalkan komen dengan berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama dengan kejadian tersebut.
Pernah jugak kena macam ni masa dekat Melaka. Seram dia lain macam 🤯 dah lah masa tu trauma still tengah teruk. Call polis pun polis tak sampai sampai https://t.co/td6cbLKt0p
— ; (@amiraizzlyn) November 28, 2019
Aku kene bende yg sama gak, tapi sbb aku accident. Lepas dtg seorang mamat naik wira siap walkie talkie. Aku ckp xpe bang saya ada insurans. Diorg tahan aku. Diorg suruh aku sign paper, aku ckp xpe bang. Lepastu diorg ugut aku. Sku sign jealah. Then, sampai 2/3 kereta ada walkie
— Kim Kimchi (@Asyrafverymalay) November 28, 2019
Diharapkan dengan perkongsian sebegini akan membuatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan jangan mudah percaya dengan kata-kata atau tindakan orang yang tidak dikenali.
Dikepilkan beberapa artikel berkaitan jenayah penipuan yang berlaku baru-baru ini yang mungkin anda berminat untuk membaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Kerana Berbangsa India, Lelaki Ini Terselamat Daripada Jadi Mangsa ‘Scammer’ Buat Netizen Terhibur
Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya
Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian
- SUMBER
- Twitter @lisaa_aa98