Setiap orang pasti pernah mengalami episod duka dalam hidup mereka dan pastinya ia meninggalkan kesan kepada kehidupan seseorang itu. Kehilangan ahli anggota keluarga boleh dikatakan adalah sesuatu yang menyakitkan dan mengambil masa untuk tidak terus berduka.

Terbaharu, kisah duka seorang pengguna Twitter @vanessajulan_ yang kehilangan ayahnya menjadi perbualan hangat netizen. Menurutnya, mendiang ayahnya telah didiagnosis dengan kanser tahap 4 dan telah menjalani beberapa kemoterapi.

Selepas itu, doktor telah bertanya kepada mendiang ayahnya untuk mencuba kemoterapi baru dan doktor memberikan dokumen yang menyatakan kesan sampingan daripada kemoterapi tersebut dan ia hanyalah untuk peringkat percubaan.

Setelah itu, mendiang ayahnya telah meminta beliau untuk baca dan memahami kandungan dokumen tersebut kerana beliau tahu terma perubatan. Beliau membuat keputusan dan menasihati mendiang ayahnya untuk tidak mencuba kemoterapi baru kerana kesan sampingan yang mungkin boleh membuatkan keadaan mendiang ayahnya lebih teruk.

Justeru itu, beliau menegaskan hanya untuk meneruskan kemoterapi biasa yang dilakukan. Akan tetapi, mendiang ayahnya pergi juga untuk mencuba kemoterapi baru tersebut dan beliau yang sedang bekerja ketika itu terkejut dan berasa marah kerana tidak dapat menghalang tindakan mendiang ayahnya.

Kemudian, beliau bertanya kepada mendiang ayahnya kenapa masih ingin lakukan kemoterapi baru yang tidak tahu akan hasilnya dan jawapan yang diberikan cukup membuatkan hatinya luluh. Sebab mendiang ayahnya nekad untuk melakukannya adalah untuk ketahui jika rawatan kemoterapi tersebut akan berjaya atau tidak.

Jika berjaya, mendiang ayahnya akan menjadi bukti hidup bahawa ubat berkenaan dapat jadi penawar untuk kanser. “Kalau tak berkesan, tidak mengapa kerana ayah sanggup berkorban supaya para doktor dapat kembali menghasilkan ubatan yang lebih baik. Ayah tidak mahu orang lain meninggal dunia,” kata ayahnya.

Setelah beberapa kali menjalani kemoterapi, mendiang ayahnya telah mengalami beberapa reaksi alergi berulang kali. Walaupun telah mengalami kesakitan tetapi mendiang ayahnya tetap positif sehingga menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Januari 2016.

Bagi beliau, mendiang ayahnya adalah lelaki paling berani dan kini beliau berasa lega kerana mendiang ayahnya sudah bebas daripada kesakitan. Tidak ramai yang sanggup berkorban demi kesejahteraan orang lain dan mendiang ayah vanessa memang layak digelar hero sebenar.

Adakah anda juga pernah mengalami kisah duka yang tidak dapat dilupakan? Anda mungkin berminat untuk baca artikel menyentuh hati seorang jururawat. Baca artikel pada pautan di bawah.

‘Aku Seorang Jururawat’, Kisah Menyentuh Hati Misi Kerajaan Yang Ramai Belum Tahu

Telah Mengembara Ke 70 Negara, Anak Yatim Ini Berkongsi Kisah Sukar Waktu Kecilnya

Kerana Satu Tragedi Sedih Wanita Ini Menerima Hadiah Harijadi Yang Sungguh Unik

Sumber