Saya banyak mengendalikan pesakit Jepun dan pesakit dari negara lain tetapi pesakit dari Malaysia baru seorang. Kebanyakkan kes saya menjadi penterjemah berikutan terdapat doktor lain yang bertanggungjawab.

Hari ni seorang pelajar Malaysia datang ke bahagian klinik pesakit luar di hospital saya bekerja sekarang untuk rawatan asma. Bagi seorang pelajar, dia mempunyai insurans di sini yang memerlukan dia hanya membayar 30% dan membawa surat rujukan dari Pusat Kesihatan Universiti membolehkannya tidak perlu membayar wang tambahan sebanyak 2500 yen (~RM95). Jika tidak mempunyai surat rujukan, dia perlu membayar membuat bayaran tambahan dan itu pun dia sudah merasakan mahal.

rawatan-hospital-di-jepun-1

Jika tanpa insurans dan tanpa surat rujukan, sepatutnya dia kena bayar 18,000 yen (~RM681). Tapi tolak insurans dan caj tambahan berikutan mempunyai surat rujukan, dia hanya perlu membayar sebanyak 4,000 yen (~RM151) lebih.

Adalah dinasihatkan kepada pelancong, kami sebagai penduduk pun rasa mahal, apatah lagi anda yang tidak mempunyai insurans di sini. Pastikan anda mengambil travel insurans dan memastikan membawa duit lebih ketika melancong.

aaa

Bagi anda yang mengandung, adalah tidak digalakkan untuk melancong ke luar negara. Bayangkan jika anda tiba-tiba bakal bersalin di sini, pastinya kos perubatan yang dikenakan sangat mahal. Kami sebagai penduduk mendapat bantuan perubatan tetapi kalau tidak memohon bantuan perubatan,untuk bersalin tanpa komplikasi, minimum bayaran adalah 400,000 yen(~RM16,000).

Sudahlah melancong kena sediakan bajet, tetapi jika berlaku apa-apa keadaan tidak diingini seperti tergugur kandungan, mahu menangis tidak berlagu disebabkan wang tidak mencukupi. Bayangkan hanya untuk check keadaan jika berlaku keguguran memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 yen(~RM11363), tapi kalau perlukan campur tangan perubatan seperti curettage dan lain-lain, mahu kena caj lebih, mungkin minimum pun 150,000 yen(~RM5,681).

Nasihat saya, melanconglah dengan bijak, bukan mengikut nafsu. Melancong bukan perkara wajib bahkan bukan satu keperluan. Jika hamil, batalkan percutian, tidak rugi duit penerbangan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.