Sebut sahaja Kampung Baru pasti ramai yang terbayang rumah tradisional atau digelar ‘rumah biru’ yang berlatar belakang Menara KLCC yang pernah menghiasi filem-filem tempatan seperti Adnan Sempit, Remp-it, Zoo dan banyak lagi yang menjadi bingkisan nostalgia ramai pihak kerana ia melambangkan kehidupan masyarakat melayu suatu ketika dahulu.

Bagi anda yang tidak tahu, Kampung Baru merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang masih tinggal selepas pembangunan dan pemodenan mengambil alih Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum. Tahun demi tahun, kedudukan dan status Kampong Bharu terutama rumah kampung yang jumlahnya semakin menyusut.

6929848086_ec206055e4_b
Sumber: Flickr

Terbaharu, di Twitter milik Visithra Manikam, beliau berkongsi gambar-gambar kenangan yang beliau pernah ambil semasa berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut suatu masa dahulu. Malah, beliau turut berasa sedih dan kesal kerana bakal kehilangan sebuah kawasan warisan sejarah yang menjadi ‘korban’ pembangunan.

https://twitter.com/visithra/status/1174902717904347138

Menurutnya, hampir separuh daripada gambar tempat yang pernah diambilnya tidak lagi wujud kerana kebanyakkan bangunan-bangunan di kawasan berkenaan telah dirobohkan. Contohnya kawasan bersejarah seperti Kampung Abdullah Hukum dan Penjara Pudu yang telah dijadikan kompleks membeli belah manakala Rumah Bok telah dijadikan hotel.

Menurutnya, selepas mendapat tahu bangunan-bangunan seperti Penjara Pudu akan dirobohkan beliau segera pergi kesana dan menyelinap masuk kawasan tersebut untuk merakam gambar dan video sebelum ia dirobohkan.

Bagi beliau, bangunan Penjara Pudu merupakan antara bangunan lama dengan reka bentuk unik dan menarik. Jangan disebabkan memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, segala tinggalan serta warisan lama mudah dilenyapkan.

Bagi beliau, bangunan lama ini boleh dijadikan tempat pameran galeri seni yang dilawati orang ramai berbanding rumah-rumah mewah yang belum tentu boleh dinikmati semua orang.

Dalam thread tersebut, beliau juga ada menyelitkan gambar sebuah rumah yang sangat cantik di Abdullah Hukum pada tahun 2007. Apabila beliau mendapat tahu rumah tersebut akan dirobohkan, beliau segera ke sana dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut sejarah rumah tersebut, beliau ada menyediakan link untuk bacaan lanjut.

Sebagai seorang jurugambar, beliau amat gemar pergi ke sesuatu lokasi setiap setahun untuk melihat perubahan tempat tersebut. Antara tempatnya ialah sebuah kawasan berdekatan Kota Raya. Selain mengambil gambar bangunan, beliau juga suka melihat ragam dan gelagat manusia.

Sebenarnya banyak usaha yang beliau telah lakukan untuk memberi kesedaran mengenai penjagaan bangunan bersejarah yang perlu dipelihara antaranya dengan menulis, membuat petisyen, memberi kesedaran melalui wawancara TV. Namun usahanya sia-sia apabila semakin hari bangunan-bangunan tersebut masih tetap dirobohkan.

Tambah beliau lagi, rumah tradisional melayu sememangnya mempunyai keunikan dan keaslian dan sukar untuk melihat keunikan tersebut di tempat lain selain Malaysia. Setiap negeri mempunyai ‘style’ rumah yang berbeza contohnya rumah kampung di Perak berbeza dengan rekaan rumah di Kuala Lumpur dan Selangor. Menyedari hakikat ini, beliau berasa amat sedih melihat warisan negeri hilang begitu sahaja.

Tweet beliau mendapat banyak komen daripada netizen dan ramai netizen yang berpendapat bahawa Kampong Bharu dan bangunan-bangunan lama seharusnya di jaga untuk dijadikan tarikan kepada pelancong asing dan dapat meninggalkan warisan untuk tatapan generasi mendatang.

https://twitter.com/syada_iLtizaM/status/1175929674003886085

Nasihat beliau kepada mereka yang terlibat dengan projek pembangunan dan merobohkan kawasan-kawasan seperti ini, mereka sebenarnya sedang membuang dan cuba menghakis warisan sejarah yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Walaupun agak sukar untuk menghalang pembangunan, akan tetapi kerajaan seharusnya ada inisiatif untuk mengekalkan dan memulihara sebahagian rumah tradisional di Kampung Baru sebagai warisan budaya bangsa, khususnya orang Melayu.

Jika penjara pudu tidak dirobohkan, ia mungkin boleh dijadikan sebuah muzium penjara seperti yang dilakukan di Melaka. Malah ada pasangan bercinta yang pergi ke sana untuk ‘dating’. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut. 

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Prison Date’ Yang Pasti Buat Anda Hargai Kebebasan

Nasi Kandar Line Clear Buka Cawangan Di Kampung Baru, KL