Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan di negara kita lebih kurang 2 minggu dan akan dilanjutan sehingga 14 April 2020 ini. Berikutan pelaksanaan perintah ini pastinya pergerakan anda terhad dan tiada individu dibenarkan melakukan aktiviti sosial atau keluar rumah dengan alasan kukuh dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Anies Surianie telah berkongsi pengalaman beliau bersalin anak kedua ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana selamat bersalin dan ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Menerusi perkongsiannya, apabila kerajaan sudah mulakan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 yang lalu, jururawat di Klinik Ksihatan sudah berpesan kepadanya untuk bersiap sedia dengan kawalan ketat daripada pihak hospital.

1. Tiada peneman dalam bilik bersalin

Walaupun bersalin anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun, suami atau waris tidak dibenarkan masuk untuk teman. Suami atau waris hanya boleh hantar sampai depan pintu wad bersalin sahaja. Para ibu yang sedang menunggu hari pastikan bersedia dengan barang keperluan dan juga mask sebelum masuk ke wad bersalin.

Ingat balik pesan doktor atau jururawat agar tidak panik dan kawal pernafasan agar tidak mudah penat. Paling penting, jangan menangis dan menjerit untu beri perhatian akan apa yang cuba disampaikan oleh jururawat ketika dalam bilik bersalin.

1898

Gambar hiasan. Sumber: Baby Hints & Tips

Suami pula hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu sahaja. Langsung tidak dibenarkan untuk jenguk isteri pada waktu tersebut.

2. Tiada peneman siang dan malam dalam wad

Sediakan barang bayi dan ibu secukupnya untuk ketika dalam bilik bersalin dan dalam wad. Anda dinasihatkan packing lebih awal untuk memudahkan suami anda bawa nanti.  Kalau ada gdm atau rasa mungkin kena bersalin emergency pun kena buat persiapan awal.

Paling penting, bersedia untuk belajar cara menyusu. Dalam wad nanti hanya susu ibu senjata utama untuk tenangkan bayi anda. Sudah tidak ada mak atau suami disisi nak tolong anda tenangkan bayi kalau ibu penat. Nasib baik jururawat pesan letak tisu dalam pampers bayi, senang untuk lihat bayi sudah kencing atau tidak.

20150117_112059

Gambar hiasan. Sumber: Pena Musafir

Walaupun anak kedua, sangat struggle apabila kena urus seorang diri. Mana tidaknya, nak urus diri sendiri lagi, nak jaga bayi lagi. Saya rasa sudah cukup kuat masa itu, tapi setiap kali bergerak menitik jugalah air mata. Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi bayi nak keluar.

3. Tiada pelawat dibenarkan masuk pagi atau petang

Kalau mak atau suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena beri pada guard sahaja. Beg-beg baju pun guard yang tolong bawa masuk atau bawa keluar ketika nak discharge.

Nasib baik bersalin di HTA, dapatlah juga lihat muka suami ikut tingkap wad ibu dan anak. Ingin buat muka sedih tidak sampai hati pula, kita senyum sahaja tanda kita okay dan tidak sabar ingin pulang.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Pastikan anda kekal tenang dan ikuti sahaja arahan yang diberikan.

Apa kata anda ikuti beberapa kisah mereka yang telah bebas COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Bersendirian Tanpa Pelawat, Doktor Ini Kongsi ‘Perjalanan Sunyi’ Pesakit COVID-19

Anda Mungkin Suka