Memang seronok bila kita ke pantai. Pastinya setiap kali ke pantai, anda akan berkaki ayam dan seronok dapat pijak pasir pantai.

Baru-baru ini puan Nurul Ezzatul telah berkongsi di laman sosial Facebooknya perihal dirinya yang telah terkena jangkitan cacing semasa beliau bercuti bersama keluarga di Port Dickson.

haaa nah susulan kes akakakak nk share uolss klau nk p mandi pantai ke apee kee p la beli pakai kasut utk beach tu sng…

Posted by Nurul Ezzatul on Tuesday, 2 July 2019

Hal ini terjadi kerana beliau tidak memakai kasut ketika berjalan-jalan di tepi pantai lalu beliau terkena jangkitan cacing tersebut. Pada mulanya, beliau merasakan bahawa beliau hanya mengalami sakit urat setelah melihat garisan timbul pada bahagian tapak kakinya.

Justeru itu, beliau pun pergi jumpa tukang urut kerana beranggapan ianya sakit urat, dan ternyata setelah itu, kakinya berasa gatal-gatal serta berasa ada benda yang bergerak-gerak dalam kakinya.

Kemudian, beliau memuat naik perihal simptom yang dialaminya di Facebook miliknya dan rata-rata rakan Facebooknya mengatakan bahawa ianya cacing bukannya sakit urat. Beliau tidak mahu percaya pada awalnya, tetapi beliau ke hospital juga untuk mengambil inisatif lain.

update terkini from #akakcacingarwah tuuu baik sangat mahluknyaaa hahahhhaanyte mare finally gone..tiada lagi episode merayapcume bekas2 peninggalan arwah dan kegatalan masih berlaku🤣

Posted by Nurul Ezzatul on Saturday, 6 July 2019

Doktor mengesahkan bahawa apa yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh cacing. Kemudian, beliau diminta untuk makan ubat cacing selama 3 hari, dan jika tiada perubahan beliau harus merujuk pakar kulit untuk mengeluarkan cacing tersebut.

Jangkitan cacing tersebut telah berjaya dibendung dan hal tersebut dikongsi sendiri oleh beliau. Menerusi perkongsian beliau, adalah penting untuk kita memakai kasut di pantai untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi. Pastikan diri anda tidak menjadi mangsa cacing kelak.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →