Seringkali melihat perkongsian gambar percutian di Australia oleh rakan-rakan anda? Sebenarnya, anda juga boleh ke destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mira Maira telah berkongsi tip dan itinerari meneroka bandar Perth termasuk sebelah barat dan selatan selama 7 hari 6 malam menggunakan kereta sewa.

Difahamkan, keseluruhan kos percutian beliau adalah RM2,000 untuk seorang. Apa kata ikuti tip dan perkongsian beliau di bawah ini.

Penerbangan, bagasi dan visa

Kami beli tiket penerbangan sebulan sebelum penerbangan dan ketika kami beli harga agak murah iaitu RM700 return sebab ada promosi di Traveloka.

Untuk visa pula, saya cadangkan untuk mohon dahulu visa sebelum membeli tiket kerana banyak kes sekarang visa tidak lepas. Anda boleh mohon visa kangaroo di sini dan ketika kami mohon visa dapat harga promosi iaitu RM18 dan perkhidmatannya cepat dan pantas.

Penginapan

Albany: Menginap di hostel 1849 Backpackers selama satu malam
Perth City: Menginap di Hay Street Traveller’s Inn selama 5 malam

Sewa kereta dan minyak

Kami sewa kereta di Aries Rental Car dan anda boleh hubungi pihak kereta sewa melalui aplikasi Whatapps (+61415359777). Kemudian, pihak kereta sewa akan minta bayaran sehari dahulu dan setelah sampai di sana anda harus membuat pembayaran penuh termasuk deposit AUD200.

Mengikut pemerhatian kami, kos sebanyak AUD216.82 untuk jarak keseluruhan 2,000 km dan stesen minyak PUMA tawar harga yang murah berbanding stesen-stesen lain.

83255381_2477504139045534_7389392624613851136_n

83916712_2477503022378979_8336955099800666112_n

Tempat letak kereta

Cirellos- AUD3.70
Watertown – AUD5.00
Fremantle – AUD2.40
DFO Airport – AUD20
*Kene alert dengan parking sign seperti 1P bermaksud boleh park maksimum sejam sahaja.

Had laju

Memandu di Australia kena banyak bersabar kerana kad laju berubah-ubah terutama sekali di bandar. Anda kena sentiasa peka kerada kadar saman di sini mahal.

Kad sim dan bayaran masuk tempat tarikan

Kami gunakan kad sim Optus iaitu 60GB berharga AUD25.

Caversham Wildlife Park – AUD30/pax
The Pinnacles Desert – AUD15/kereta
Sandboard di Lancelin- AUD10/pax sewa peralatan di Lucky7 shop.
*Tip: sewa peralatan di lokasi sandboard lagi murah iaitu dalam USD5

83865012_2477503579045590_8406610789212880896_n

83116133_2477503152378966_4688457407792152576_n

Makanan

Istanbul Kebabs & Turkish Bakery – AUD12.90/seorang
Fish & Chips (senior set) -AUD15/seorang
Charcoal Chicken Dianella -AUD15.90 (bbq ribs)- Tutup Ahad
Lobster Shack – AUD38
Insan cafe – kuet tiow goreng -AUD11.50
Aiskirm chocolate (factory choc) – AUD5.00

Tip melancong ke Perth

1. Declare sahaja makanan anda bawa terutama sekali beras.
2. Sila patuhi had laju and bayar parking kereta.
3. Anda perlu rajin Google tempat yang anda ingin pergi kerana waktu operasi semua berbeza dimana ada yang jam 5 sudah tutup dan ahad tutup.
4. Makanan wajib anda makan ribs lamb charcoal chicken express memang sedap.
5. Semua tempat guanakan waze sahaja.

Itinerari

Hari pertama

Penerbangan waktu malam dan transit di Bali selama 2 jam menaiki Citilink. Kami suka Citilink kerana diberi makanan percuma. Kemudian, kami pun mulakan perjalanan ke Perth.

Hari kedua

Sampai ke lapangan terbang pada jam 4 pagi dan urusan di imigresen berjalan lancar. Kami pun declare semua barang-barang yang dibawa masuk terutama sekali makanan.

Kami mandi di lapangan terbang dan selepas itu memulakan perjalanan menjelajah ke Western Perth menggunakan kereta. Kami hanya sempat berkunjung ke The Gap & Natural Bridge, Wind Farm, Target, Kmart, Coles (wajib cuba susu kopi dare), makan kebab di Istanbul Kebabs dan melihat orang memancing di pantai Albany sebelum check-in hotel.

83029735_2477503999045548_3049131634302386176_n

83444990_2477502979045650_8378892195565928448_n

Hari ketiga

1. Green Pool (tempat mandi manda).
2. Elephant rock (berhampiran Green Pool).
3. Cape Leeuwin Lighthouse (tidak masuk tapi hanya ambil gambar dari luar). Harga masuk agak mahal iaitu AUD60 untuk lihat lighthouse sahaja.
4. Canal Rocks (parking percuma).
5. Busselton Jetty (tidak masuk pun sebab train sudah tutup. Ambil gambar dari luar sahaja).
6. Watertown Outlet
7. Dinner dekat Charcoal Chicken (sumpah lamb ribs dia lagi sedap dari Tony Romas).
8. Check-in Hotel Hay Street Travellers (bandar Perth).
9. Beli susu kopi lagi – AUD 4.50 & mineral besar AUD5.50 (2botol 1.5ml).

*Tip : Pandu balik dari western ke bandar, anda kena pastikan minyak penuh. Jalan sunyi dan jika lalu kawasan kampung sukar jumpa stesen minyak.

82881218_2477504579045490_6168690707805503488_n

83705340_2477502652379016_2567838453811118080_n

83416309_2477503225712292_3393792804072194048_n

Hari keempat

– Lepak minum kopi 7e dulu- AUD3.
– Terus pegi Blue Boat House (datang pagi tiada orang) boleh ambil gambar dengan tenang. Parking depan rumah-rumah kena seberang jalan.
– Lepas itu pergi terus ke cavershan wildlife. Anda kena datang waktu pagi sebab kangaroo masih lapar dan persembahan bermula pada 9.00 pagi- 9.30 pagi. Pastikan alert ngan aktiviti, showtime (bergambar dengan Koala Farm Show, Meet The Wombat).
– The Margaret River Chocolate (sila cuba aiskrim di sini dan ianya halal).
Lunch di Fish & Chips di Cicerello’s.
– Fremantle Markets (Megabes) untuk beli souvenir murah. Kami berbelanja sebanyak AUD41.90.
– Watertown.
– Makan dinner di Insan cafe (Hay street).
– Rainbow Sea Container, 1 Canning Hwy, Fremantle WA 6160, Australia.

83193535_2477503642378917_7224192913800953856_n

83649385_2477504212378860_5343002636926844928_n

83521735_2477504072378874_8461730183286620160_n

Hari kelima

– Singgah sarapan susu – AUD5.20.
– Moore River, Caraban WA 6041, Australia.
– Lancelin Sand Dunes, Beacon Road, Lancelin WA 6044, Australia (sewa kedai lucky 7 harga AUD 10 & deposit lesen kereta.)
– Pinnacles Desert Discovery Centre, Nambung WA 6521, Australia.
– Lobster Shack-Cervantes WA, 37 Catalonia St, Cervantes WA 6511, Australia.
– Membeli dan memborong segala jenis perfume dan vitamin c di dalam Chemist Warehouse.

82881218_2477504579045490_6168690707805503488_n

83220780_2477502422379039_4439865954830123008_n

83300174_2477503722378909_3175163442399019008_n

83750044_2477502822378999_6344889868518162432_n

Hari keenam

Shopping di DFO (free & easy)
– Chemist

Hari ketujuh

-Chemist
– Pulang ke Kuala Lumpur

Menarik, bukan? Anda dapat melancong ke Australia dan menjelajah banyak tempat dengan bajet RM2,000 seorang. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda.

P/S: Segalanya mudah dan berbaloi apabila anda terbang dengan AirAsia X. Untuk pengetahuan anda, tiket untuk ke Perth juga lebih murah berbanding destinasi lain di Australia. Ditambah lagi AirAsia X kerap membuat tawaran promosi hebat, anda boleh buat survey sekarang di sini atau perlu rajin untuk check out laman Facebook AirAsia untuk sebarang promosi. Jom!

Anda boleh baca pelbagai tip melancong ke pelbagai destinasi di The Vocket. Kami senaraikan beberapa artikel pada pautan di bawah ini.

26 Tip Bercuti Bersama Keluarga Di Perth, Australia

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini

Ini Cara Saya Travel Solo Di Perth, Australia Selama 5 Hari Tanpa Perlu Sewa Kereta