Isu melibatkan harta intelek seringkali menjadi isu di negara kita. Tidak kira sama ada dari segi produk mahupun harta intelek digital, kehadiran pihak ketiga yang mengambil kesempatan pastinya memberi kesan kepada pemilik asalnya.

Pada kali ini, seorang pemilik Twitter yang dikenali dengan nama Anna Lee atau @annaleejue berkongsi di platform tersebut bagaimana karya novel beliau bertajuk Hello telah menjadi sasaran sebuah syarikat penerbitan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, Arra Iskeyda iaitu ‘penulis’ yang dipertanggungjawabkan Rackread Press untuk menghasilkan novel ini mulanya menulis di platform online iaitu Wattpad.

Beliau kemudiannya menghabiskan beberapa bab terakhir menerusi novel yang dikeluarkan dalam versi fizikal dimana beberapa bab, klimaks dan penutup yang sama seperti novel beliau telah ditiru bulat-bulat.

Beliau mula menyedari tindakan yang dilakukan Rackread Press dan penulis apabila novel yang dikeluarkan sudah memasuki cetakan kedua. Bagi mendapat keadilan yang sepatutnya, individu bernama Anna Lee turut mendapatkan khidmat peguam serta mula mencari dalang disebalik Rackread Press sehingga bertemu dengan akaun Facebook Cyda Yusof.

Selepas beberapa pertanyaan dibuat mengenai modus operandi yang dijalankan serta tindakan daripada pihak peguam, akaun Facebook ini sekadar memuat naik sebuah status permohonan maaf mengenai isu plagiat novel ini. Walau bagaimanapun, penulis asal merasakan tidak adil atas isu yang berlaku berikutan jumlah keuntungan dan tindakan yang dilakukan pelaku sebelum ini.

Akaun Facebook Cyda Yusof ini juga dikatakan tidak lagi membalas sebarang pertanyaan di WhatsApp mahupun Facebook.

Lebih menghairankan penulis, akaun Facebook Cyda Yusof daripada syarikat Rackread Press ini seakan tidak menyalahkan penulis yang menciplak karya sebaliknya memilih untuk melarikan diri daripada isu yang terjadi.

Malah, baru-baru ini akaun Facebook ini muncul lagi dengan sebuah post terbaru yang memaparkan kegembiraan beliau dalam menyambut hari graduasi.

Untuk pengetahuan, novel asal beliau iaitu Hello sudah diterbitkan sewaktu 2016 lagi iaitu lama sebelum penulis bernama Arra Iskeyda ini mengambil kesempatan.

Berdasarkan isu yang berlaku, penulis asal novel ini turut menyeru penulis dan penerbit dengan penciplak yang bijak mengambil kesempatan agar situasi yang sama tidak berulang lagi. Pencurian harta intelek digital adalah salah dan bakal dikenakan tindakan.

Kami kongsikan kepada beberapa lagi isu yang terjadi sebelum ini melibatkan harta intelek. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Neelofa Tampil Mohon Maaf Rakam ‘Lion King’ Di Pawagam

‘MariCar Go-Kart’ Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.93 Juta Kepada Nintendo