Sekiranya mahu hasilkan sebuah hasil seni digital, sudah pastinya perisian seperti Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator antara yang menjadi pilihan. Microsoft Excel yang sering kali digunakan ramai untuk mengisi data dan pengiraan sudah pastinya tidak tersenarai sebagai pilihan.

Dalam pada itu, seorang wanita yang tular di Twitter @sfrnfzl_ ini mengambil pendekatan yang berbeza apabila berjaya menghasilkan hasil seni beliau dengan hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pelukis yang dikenali sebagai Safarina, beliau memaklumkan mulai mencuba menghasilkan lukisan digital ini menggunakan Microsoft Excel berikutan tidak mempunyai perisian Adobe Illustrator.

Bakat wanita ini secara tidak langsung berjaya membuatkan orang ramai sedar sebuah seni digital mampu dihasilkan dengan hanya menggunakan Microsoft Excel. Tidak kurang juga yang teruja dengan bakat wanita ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai hasil seni Safarina.

Menerima respon positif daripada Microsoft dan netizen

Bagaimana Safarina mulai melukis menggunakan Microsoft Excel

Menurut perkongsian Safarina bersama SAYS, beliau memaklumkan mulai melukis menggunakan Microsoft Excel selepas terinspirasi dengan seorang lelaki tua di Jepun, Tatsuo Horiuchi yang pernah tular menghasilkan seni digital menggunakan perisian yang sama. Safarina kemudiannya menghasilkan seni digital pertamanya pada tahun 2016.

Difahamkan sesebuah lukisan yang dihasilkan memerlukan masa sehingga tiga untuk menyiapkannya. Sementara itu, Safarina juga turut menghasilkan thread di Twitter lukisan lain yang dihasilkan menggunakan Microsoft Excel.

Orang ramai berpeluang melihat hasil seni beliau dengan lebih lanjut menerusi laman Instagram beliau dengan klik di sini.

Gara-gara pamer kereta Tesla, Instagram Tony Fernandes baru-baru ini telah diserang dengan pelanggan yang mahu mendapatkan refund tiket penerbangan yang ditempah sebelum ini.

Pamer Tesla Berharga RM230,000, Instagram Tony Fernandes Dihujani Pelanggan AirAsia Minta ‘Refund’

Bagaikan Filem ‘Upside Down’, Dubai Dijangka Bakal Bina Menara Tergantung Di Langit

Sumber