Pemberian sesuatu daripada seseorang adakalanya mempunyai mempunya makna tersendiri. Tambahan pula jika pemberian itu daripada insan kesayangan yang sudah tiada lagi di dunia ini, pastinya mempunyai nilai momento yang akan membuatkan kita sentiasa ingat kepada si pemberi.

Walaupun nilai pemberian tersebut tidak seberapa tetapi memori yang ditinggalkan bersama menjadikan sesuatu pemberian itu sangat bernilai.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Seperti perkongsian oleh seorang pengguna Facebook ini, Hyza Ezany yang mencari pemilik asal kepada sekeping wang kertas RM10. Wang kertas tersebut bukanlah sekadar wang kertas biasa kerana mempunyai ‘mesej’ sayu seorang anak tertera di atasnya.

Mencari pemilik tulisan atas duit ni.. Nak bg free je kpd pemiliknya!! Tolong sy share hingga jumpa ya!! Terimakasih…

Posted by Hyza Ezany on Saturday, 30 November 2019

Menerusi perkongsian tersebut, jelas tertera tulisan menggunakan pen yang menyatakan bahawa wang kertas itu adalah pemberian terakhir ayahnya.

Terkesan dengan mesej tersebut, wanita itu berhasrat untuk mencari individu tersebut dan ingin memulangkan wang kertas tersebut kepadanya secara percuma.

Rata-rata meluahkan rasa simpati mereka kepada pemilik asal wang kertas tersebut dan mendoakan supaya pemilik wang kertas itu dapat ditemui semula.

Diharapkan wanita tersebut dapat menemui dan memulangkan wang kertas tersebut kepada pemilik asalnya.

Terdahulu, tular di media sosial di mana seorang netizen menghadiahkan sebuah iPhone 11 kepada ayahnya yang berjaya membuatkan netizen sebak. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

Penghawa Dingin Jadi Syarat Kepada Bapa Jika Mahu Anak Pulang Ke Kampung

Pengaruh Ibu Bapa Ke Atas Anak, Saya Bangga Dengan Legasi Abah

 

Anda Mungkin Suka