Pada lewat hari semalam, tular satu rakaman video dashcam di mana seorang seorang wanita cuba menahan keretanya daripada terus mengundur melanggar Proton Saga yang ada di belakang.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, wanita itu memberhentikan kereta untuk membeli sesuatu di gerai tepi jalan. Kemudian, secara tiba-tiba kereta tersebut mula mengundur ke belakang.

Dalam keadaan panik, wanita tersebut segera cuba menahan keretanya daripada terus mengundur sehingga menyebabkan dia nyaris tersepit di antara kedua-dua buah kenderaan.

https://www.instagram.com/tv/CcAs49sJEqn/?utm_medium=share_sheet

Sumber Gambar: Instagram Buletin Malaysia

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan orang ramai, wanita tersebut menyatakan dia meninggalkan anak kecil di dalam kereta tersebut semasa kejadian tersebut berlaku. Dia juga mendakwa telah meletakkan gear pada ‘P’ dan handbrake sudah pun ditarik sebelum dia keluar daripada kereta.

Tambahnya lagi, oleh kerana berasa sangat panik dan tidak boleh berfikir, dia segera cuba berdiri di belakang keretanya dan menahan kereta itu daripada terus mengundur. Bagaimanapun, ada seseorang berhampiran bercakap meminta wanita itu untuk masuk ke dalam kereta bagi memberhentikan kenderaan tersebut.

Rakaman kejadian yang berlaku di jalan raya MRSM Baling itu telah mendapat perhatian warganet yang meminta agar ibu bapa agar tidak membiarkan anak kecil berseorangan tanpa pengawasan di dalam kereta kerana pelbagai insiden yang tidak diingini boleh berlaku.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu tindakan seorang lelaki membuka stereng kereta telah menyebabkan dirinya dan penumpang mengalami kemalangan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gurauan Bawa Padah, Buka Stereng ‘Quick Release’ Sewaktu Memandu Jadi Punca Proton Wira Ini Terbabas

Dua Wanita Dicabul Di Tempat Parkir Tamarind Square, Netizen Mahu Pencabul Segera Ditangkap

Pesawat MH2664 Ke Tawau Menjunam Jatuh 7,000 Kaki, MAS Dakwa Ada Masalah Teknikal

Sumber