Walaupun pada minggu lalu tular rakaman video sebuah Honda City gagal menghimpit rapat kenderaan lain untuk mengelak membayar tol, nampaknya perangai tersebut telah ‘berjangkit’ pada pemandu kenderaan lain pula.

Seorang wanita telah memuat naik video dashcam di TikTok bagaimana dia telah berjaya menghalang sebuah Proton Waja yang bersungguh-sungguh menghimpit rapat keretanya kerana mahu mengelak bayar tol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@jannahalias_sofea

semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)

♬ original sound – JannahAlias_Sofea – JannahAlias_Sofea

“Pandai lah kau,” kata kawan wanita ini di sebelah.

“Memanglah aku pandai sebab aku dah nampak dia rapat,” jawab wanita tersebut yang bangga dengan tindakan pantas yang dibuat olehnya.

Menurut wanita ini, dia sudah perasan Proton Waja memandu secara pelik di belakang keretanya. Jadi dia telah bersiap-sedia memperlahankan kenderaan sehingga tiang tol tertutup untuk menghalang kereta Proton Waja daripada menggunakan tol secara ‘percuma’.

vocket-wanita-ini-bangga-halang-3
Sumber Gambar: TikTok @jannahalias_sofea
vocket-wanita-ini-bangga-halang-5
Sumber Gambar: TikTok @jannahalias_sofea
vocket-wanita-ini-bangga-halang-6
Sumber Gambar: TikTok @jannahalias_sofea
vocket-wanita-ini-bangga-halang-7
Sumber Gambar: TikTok @jannahalias_sofea
vocket-wanita-ini-bangga-halang-4
Sumber Gambar: TikTok @jannahalias_sofea

Orang ramai memuji tindakan wanita ini kerana berani menghalang pemandu Proton Waja yang tidak bertanggungjawab tersebut. Para netizen turut bersetuju perbuatan mengelak membayar tol tidak boleh dijadikan satu normalisasi di kalangan masyarakat kerana ia boleh merugikan pelbagai pihak.

Jika tersalah kawal antara pedal minyak dan brek, ia boleh menyebabkan kemalangan ketika kereta menghimpit terlalu rapat semata-mata mahu menggunakan tol secara percuma.

Lihat Honda City yang menjadi perhatian satu Malaysia setelah gagal mendapatkan tol percuma melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Sumber