Setelah bercinta selama beberapa tahun dengan seseorang, kita selalu diajukan dengan soalan, bilakah kita mahu melamarnya? Atau bilakah kita akan mengahwininya?

Soalan ini mungkin dilihat biasa, tetapi bagi sesetengah orang. Soalan kecil itu umpama bom jangka masa yang bila-bila sahaja boleh meletus dan menimbulkan rasa panik.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Terbaharu, seorang wanita telah memutuskan bahawa dia telah menunggu cukup lama untuk dilamar sebagai seorang isteri dan bertindak menyaman teman lelakinya.

Gertrude Ngoma, seorang wanita yang sudah bercinta selama lapan tahun dengan teman lelakinya, Herbert Salaliki mula muak untuk menunggu lebih lama dan telah membawa situasi mereka ke muka pengadilan.

Menurut akhbar Tuko, wanita berusia 28 tahun telah memberitahu mahkamah bahawa teman lelakinya tidak serius untuk membawa hubungan mereka ke satu fasa yang lebih jauh.

Gertrude turut mendedahkan bahawa dia sudah bosan menunggu dan memilih untuk menyaman kekasihnya kerana tidak serius tentang masa depan mereka.

“Dia tidak pernah bersikap serius, itulah sebabnya saya membawanya ke pengadilan kerana saya layak mengetahui jalan ke depan dan masa depan kita,” katanya.

Difahamkan, Gertrude dan Herbert sudah mempunyai anak namun tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai perkahwinan.

Dalam pembelaannya, Hebert mengatakan dia berada dalam kedudukan kewangan yang tidak sihat untuk meneruskan perkahwinan. Dia juga menyalahkan  Gertrude kerana tidak memberikan perhatian kepadanya.

Di dalam keputusan hakim, kerana kedua-duanya masih belum berkahwin, mahkamah Zambia tidak dapat melakukan apa-apa. Hakim yang mengetuai kes memutuskan bahawa kedua-duanya harus berusaha untuk mencari jalan damai di luar mahkamah.

Terdahulu, seorang youtuber telah didakwa membunuh secara live di YouTube. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Aksi Kejam YouTuber Ini Seksa Kekasih Sehingga Maut, Disiarkan Secara ‘Live’ Di YouTube

Anda Mungkin Suka