Baru-baru ini telah berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019. Rata-rata pelajar yang berumur 17 tahun atau lahir pada tahun 2002 telah menduduki peperiksaan SPM 2019.

Walau bagaimanapun, di sebalik para calon menduduki SPM, seorang individu di Amerika Syarikat secara tanpa sedar telah menjadi mangsa buli siber calon SPM ini sejurus selepas peperiksaan subjek Bahasa Inggeris tamat.

Difahamkan semuanya bermula apabila para pelajar gagal menjawab soalan Bahasa Inggeris kertas 2 yang memaparkan seorang watak bernama Melissa yang menggunakan payung terjun. Keadaan menjadi lebih hangat apabila para calon mendapati Melissa sememangnya wujud di dunia sebenar serta menjumpai akaun Instagram beliau.

Berdasarkan komen yang dapat anda lihat, akaun beliau telah dibanjiri dengan calon SPM yang memaki serta memberi komen yang negatif hanya kerana secara kebetulan nama beliau berada dalam soalan SPM 2019. Berikut kami kongsikan sebahagian komen daripada calon SPM 2019 yang terdapat di laman Instagram beliau.

EIvjLJ7UEAEVfRr

Screen Shot 2019-11-07 at 3.54.15 PM

Buli siber yang dibuat oleh calon SPM tahun ini juga bukan sahaja mendapat perhatian pengguna di Malaysia malah pengguna di Amerika Syarikat yang terkejut dengan kehadiran pengguna dari Malaysia ke laman Instagram beliau ini.

Berdasarkan isu yang berlaku, dapat dilihat para netizen juga turut tampil memohon maaf di Instagram Laura Melissa berikutan tindakan yang dibuat calon SPM tahun ini yang dianggap tidak bermoral.

Screen Shot 2019-11-07 at 3.26.00 PM

Screen Shot 2019-11-07 at 3.25.24 PM

Untuk pengetahuan, situasi yang sama turut berlaku pada SPM 2017 dan SPM 2018 dimana individu dengan aktiviti yang sama telah dikesan calon SPM pada laman Instagram.

Turut dikongsikan kepada isu hangat yang berlaku baru-baru ini apabila terdapat sebuah butik perkahwinan sengaja memilih untuk bergambar di tanah perkuburan sekaligus mengundang kecaman daripada netizen. 

Tidak Hormat Tanah Perkuburan, Gambar Perkahwinan Ini Dikecam

Gagal Cubaan Ragut, Netizen Kecam ‘Rider’ Foodpanda Palsu Ini