Perkahwinan itu adalah satu ikatan perhubungan yang cantik. Orang berkahwin untuk menunjukkan mereka saling cinta-mencintai. Tetapi bagaimana pula jika telah jatuh cinta dengan Menara Eiffel yang tersergam indah di Perancis? Adakah cara untuk mengahwini dengan “nya”?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang wanita bernama Erika La Tour Eiffel telah mengabadikan cintanya pada struktur Menara Eiffel ini. Dia berusia 37 tahun ketika “berkahwin” dengan Eiffel pada tahun 2007. Erika merupakan bekas tentera dan tinggal di San Francisco, Amerika Syarikat. Sebelum ini dia telah jatuh cinta dengan tumbuh-tumbuhan, alat memanah, Dinding Berlin, tapi hanya Eiffel yang dipilih untuk ikatan “perkahwinan”.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram