Paul Altieri dari Bob’s Watches baru sahaja mengongsikan sebuah cerita yang paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.

Beliau menceritakan kisah tentang seorang wanita warganegara Kanada yang menjumpai seutas jam tangan di bawah kusyen sofa yang dibelinya empat tahun lalu di sebuah kedai bundle dengan harga $25 (~RM104.76).

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Setelah meneniliti jam tersebut dengan lebih dekat, wanita berkenaan mendapati jam tersebut merupakan seutas jam tangan berjenama Rolex. Wanita tersebut tidak tahu betapa bertuahnya dia kerana hanya beberapa orang sahaja mampu memliki jam tangan tersebut.

Jam tangan tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 ‘Paul Newman’, yang mana Altieri menyatakan bahawa jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.

5d920c652e22af4592663245

Wanita tersebut menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan tetapi gagal. Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sebelum ini apatah lagi cara untuk menghubungi mereka disebabkan urusan jual beli telah lama dilakukan.

Setelah meneliti jam tangan berjenama Rolex itu, wanita tersebut sedar betapa berharganya jam tangan itu lalu menghubungi Bob’s Watches untuk menjualnya.

Wanita berkenaan tidak mahu risiko jam tersebut hilang dalam mel dan dia juga tidak mempunyai wang untuk perjalanan ke California, maka Altieri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.

Pakar tersebut mengesahkan jam tangan tersebut adalah tulen dan bernilai $250,000 (~RM1,047,625). Wanita berkenaan menjual jam tangan itu kepada Bob’s Watches dengan nilai yang disebutkan.

rolex-daytona-6241-paul-newman-thrift-store-find-news-02

Model Paul Newman ini pernah memecah rekod untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual di lelongan pada tahun 2017 dengan harga RM71,255,500.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda beberapa artikel berkaitan jam tangan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lebih lanjut.

Mengapa Jam Tangan Richard Mille ‘Milik’ Siti Nurhaliza Ini Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit

Jam Tangan Rolex Vintaj Milik James Bond Ini Dijangka Terjual Pada Harga RM1.17 Juta

Pelajar Kumpul Wang Hadiahkan Jam Tangan Untuk Tukang Cuci Buat Netizen Terharu

Anda Mungkin Suka