Seorang wanita di Santa Cruz, Bolivia terkejut apabila menjumpai potongan jari manusia di dalam burger yang dimakan olehnya. Memetik laporan The Sun, wanita itu difahamkan menemui potongan jari tersebut semasa dia mahu makan di restoran terbabit.

Jorge Silva, Wakil Menteri Pertahanan Pengguna, memberitahu media bahawa potongan jari itu adalah milik salah seorang pekerja di sebuah kilang daging. Difahamkan bahawa seorang pekerja yang terlibat dengan kemalangan semasa mengawal mesin pemotong daging telah kehilangan dua jari ketika sedang menyiapkan 176 paun daging.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pekerja itu segera dibawa ke hospital dan jari yang terputus itu dikatakan telah dikeluarkan oleh pihak kilang sejurus selepas kemalangan itu berlaku. Bagaimanapun, salah satu jari tidak berjaya dibuang dan berakhir di burger wanita terbabit.

“Kami akan menghukum mereka yang bertanggungjawab, Kanun Jenayah menetapkan hukuman penjara hingga 10 tahun,” kata Jorge Silva. Apa yang mengejutkan lagi adalah ini bukanlah kejadian pertama yang terjadi. Terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian sama melibatkan jari pekerja yang hilang.

Kementerian Tenaga Manusia memerintahkan agar semua operasi dihentikan di kilang terbabit sehingga terdapat bukti bahawa pekerja dilatih untuk mengendalikan mesin. Restoran itu mengatakan bahawa selama 21 tahun beroperasi, pihaknya selalu mematuhi semua peraturan kesihatan, keselamatan dan keselamatan makanan.

Burger King ajar teknik ‘marketing’ tanpa menggunakan sebarang modal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Burger King Ajar Teknik ‘Marketing’ Tanpa Menggunakan Sebarang Modal

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

‘Burger Special’ Kini Sedang Jadi Kegilaan Penduduk New York