Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gara-gara beberapa isu menyalahguna surat kebenaran merentas negeri, kini orang yang betul-betul memerlukan surat tersebut berdepan sedikit kesukaran. Terbaharu, tular di media sosial sebuah perkongsian pengguna Facebook, Aida Najwa yang terkilan tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menjaga ayahnya buat kali terakhir.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau berkongsi rasa kecewa dengan layanan pihak polis yang tidak membenarkan dia merentas negeri untuk membawa ayahnya ke hospital. Selepas 11 hari permohonannya ditolak, dia mendapat khabar berita yang ayahnya sudah meninggal dunia.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Menurut laporan, dirinya dan adik-adiknya menanggung penyesalan seumur hidup kerana tidak dapat menjaga ayah mereka kali terakhir. Untuk pengetahuan anda, Aida telah mengisi surat permohonan rentas negeri serta lampirkan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan kad OKU ayahnya, dan salinan temujanji rawatan dialisis kepada pihak polis.

Bukan sahaja dikatakan alasan ‘tidak kukuh’ tetapi anggota polis tersebut bersikap biadab dengan bertanya soalan sama ada makcik yang selalu membawa ayahnya ke hospital telah meninggal dunia sehingga dia perlu merentas negeri.

Walau pun tersentak, dia masih menjawab setiap soalan yang diberikan pegawai polis tersebut meskipun masih gagal mendapatkan surat kebenaran merentas negeri. Lantaran itu, dia turut bercadang membuat aduan rasmi terhadap layanan yang diterimanya di Balai Polis Salak Selatan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan isu salah guna surat kebenaran merentas negeri pada pautan di bawah ini.

Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Netizen Pertikai Pemilik Butik Fesyen Ini Peroleh Kebenaran Merentas Negeri

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Anda Mungkin Suka