Seorang ‘saintis cilik’ dari Malaysia, Zyson Kang Zy Sun, 9 tahun telah berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan reka cipta tandas bagi misi angkasawan ke bulan pada tahun 2024 anjuran NASA, Lunar Loo Challenge.

Pihak NASA menjelaskan rekaan tandas ‘Space Lunar Toilet’ oleh Zyson sangat unik kerana ia boleh digunakan ketika angkasawan menyarung sut lengkap mereka.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →
Spacesuit-Lunar-Toilet

Tandas rekaan konsep oleh Zyson

Saintis cilik itu juga berjaya menewaskan 897 peserta lain dari 85 buah negara. Namun persoalannya ketika ini, tahukah anda bagaimana tandas di angkasa lepas berfungsi?

Samantha Christoforetti, seorang angkasawan kelahiran Itali ini telah berkongsi kepada orang ramai tentang cara angkasawan membuang air di angkasa lepas. Disebabkan tiada tarikan graviti di angkasa lepas, adakah najis berkenaan akan terapung atau tidak?

Menurut Christoforetti, dalam kapal angkasa semestinya disediakan tandas untuk melepaskan ‘hajat’ tersebut. Beliau menceritakan angkasawan perlu membuka satu pam sehingga ianya mengeluarkan bunyi sebagai isyarat bahawa ada angkasawan yang membuang air di tandas.

Untuk membuang air besar, satu mangkuk yang diliputi beg plastik telah disediakan dalam kapal angkasa. Memandangkan di angkasa yang sifar graviti, angkasawan perlu berpaut pada sesuatu supaya bahan buangan mereka betul-betul masuk ke dalam beg plastik.

Setelah selesai membuang ‘hajat besar’, plastik berisi najis berkenaan mesti ditutup dan disimpan ke dalam bekas simpanan najis. Bekas tersebut akan diganti yang baru setiap 10 hari sekali.

Kemudian, angkasawan perlu menggantikan semula beg plastik baru pada mangkuk tandas tersebut.

Untuk membuang air kecil, prosesnya hampir sama cuma ianya tidak menggunakan beg plastik. Angkasawan juga perlu menghidupkan pam sebelum membuang air kecil melalui sebuah corong yang disediakan.

Air kencing tersebut akan dimasukkan ke UPA (Urine Processing Assembly). Menariknya, air kencing tersebut akan dikitar semula menjadi air minuman angkasawan sepanjang berada di angkasa lepas. Jadi, ada di antara anda yang masih mahu jadi angkawasan selepas ini?

Klik pada puautan di bawah untuk membaca artikel lain berkaitan dengan angkasa lepas.

Robot Bakal Bersihkan Ruang Angkasa Menjelang 2025, Tetapi Bagaimana Sampah Boleh Sampai Ke Sana?

F9: The Fast Saga Sah Akan Ada Aksi Di Angkasa Lepas Pula

Dari Mencuci Kaca Mikroskop, Kini Jadi Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Ke Angkasa

Anda Mungkin Suka