Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang wanita Jepun dirakam sebak setelah merasa durian di Malaysia buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas terperangkap di Hong Kong akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak hujung tahun 2019.

iChang RM pulang ke Malaysia pada Mei tahun ini hanya dengan satu misi, iaitu merasa semua jenis makanan yang terdapat di Malaysia seperti nasi kandar, nasi lemak, karipap, sate dan akhir sekali adalah raja buah, durian.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Video pasangan itu yang berkunjung ke gerai durian di SS2 telah dimuat naik di YouTube dan mendapat perhatian ramai orang. Ia seolah dokumentasi pertemuan semula mereka dengan buah paling ditunggu orang ramai.

Semasa mereka membayar untuk buah durian, kedengaran juriwang itu berkata kepada mereka, “Lama tidak berjumpa!”. iChang akui, pengalaman merasai durian tiga tahun lalu di Malaysia telah mengubah kehidupan beliau menjadi ‘penagih durian’.

‘Durian hunting’, ini apa yang saya jumpa di Ipoh dan Cameroon Highlands. Rujuk pautan di bawah untuk membaca. 

‘Durian Hunting’, Ini Apa Yang Saya Jumpa Di Ipoh Dan Cameron Highlands

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh