Seorang wanita Jepun dirakam sebak setelah merasa durian di Malaysia buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas terperangkap di Hong Kong akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak hujung tahun 2019.

iChang RM pulang ke Malaysia pada Mei tahun ini hanya dengan satu misi, iaitu merasa semua jenis makanan yang terdapat di Malaysia seperti nasi kandar, nasi lemak, karipap, sate dan akhir sekali adalah raja buah, durian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video pasangan itu yang berkunjung ke gerai durian di SS2 telah dimuat naik di YouTube dan mendapat perhatian ramai orang. Ia seolah dokumentasi pertemuan semula mereka dengan buah paling ditunggu orang ramai.

Semasa mereka membayar untuk buah durian, kedengaran juriwang itu berkata kepada mereka, ā€œLama tidak berjumpa!ā€. iChang akui, pengalaman merasai durian tiga tahun lalu di Malaysia telah mengubah kehidupan beliau menjadi ā€˜penagih durianā€™.

ā€˜Durian huntingā€™, ini apa yang saya jumpa di Ipoh dan Cameroon Highlands. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.Ā 

‘Durian Hunting’, Ini Apa Yang Saya Jumpa Di Ipoh Dan Cameron Highlands

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh