Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang wanita yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jepun telah disahkan positif coronavirus buat kali yang kedua dan perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa Osaka.

Perkara tersebut ternyata meningkatkan lagi kebimbangan wabak berkenaan di Jepun dan setakat Khamis, sebanyak 186 kes coronavirus telah direkodkan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Wanita berkenaan yang merupakan residen di Osaka telah disahkan positif selepas mengalami simptom coronavirus antaranya sakit tekak dan sakit di bahagian dada. Sebelum ini, wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu telah dijangkiti virus tersebut pada akhir Januari dan telah sembuh sepenuhnya pada 1 Februari.

Wanita berkenaan kini menjadi individu pertama di Jepun yang dijangkiti wabak berkenaan buat kali kedua. Dilaporkan beliau kemungkinan besar dijangkiti virus tersebut selepas pulang daripada menonton sebuah konsert di Fukuoka dua minggu yang lalu.

Namun pihak kesihatan Jepun masih mengkaji kes wanita ini sama ada kemunculan semula penyakit tersebut adalah daripada jangkitan baharu atau daripada virus berkenaan yang ‘bersembunyi’ dalam badan wanita berkenaan.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilaporkan mungkin dibatalkan sekiranya wabak Coronavirus ini semakin membimbangkan. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Coronavirus Buat Jepun ‘Cuak’, Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Berikutan Wabak Coronavirus

18 Warga Korea Selatan Dijangkiti Coronavirus Selepas Selesai Ziarah Israel

Anda Mungkin Suka