Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum ini kita sering kali melihat dan membaca kisah-kisah segelintir ‘Geng Konvoi Honda’ membuat orang ramai ‘kurang selesa’ semasa berada di atas jalan raya pada hari minggu.

Pada hari semalam pula tular rakaman video di mana seorang wanita meluahkan kekesalan apabila mendakwa sekumpulan konvoi kereta Toyota Vios telah menghalang trafik jalan raya semasa dia lalu kawasan tersebut.

@wanmohdfauzi7

Akak ni dok marah sebab dorg dok tahan2 kete bg dorg jalan dlu. Ingat guys org lain pun ada urusan jugak. 💪🏻 #fypp #fyp #fypシ #tiktokmalaysia

♬ original sound – Wan Mohd Fauzi – Wan Mohd Fauzi

Salah seorang pengguna TikTok ada meninggalkan komen memohon maaf atas kekasaran bahasa semasa merakam video tersebut. Menurutnya lagi, dia sedang bergegas untuk pulang dari tempat kerja untuk mengambil anaknya yang dijaga oleh orang tuanya.

Tambah para netizen lain, wanita itu boleh memotong sahaja konvoi kereta Vios tersebut menggunakan laluan di bahagian kanan tanpa perlu menunggu kerana kereta-kereta tersebut bukanlah dalam ‘urusan rasmi’ dan tidak berada dalam keadaan ‘kecemasan’.

Sumber Gambar: TikTok @wanmohdfauzi7

Sumber Gambar: TikTok @wanmohdfauzi7

Sumber Gambar: TikTok @wanmohdfauzi7

Sumber Gambar: TikTok @wanmohdfauzi7

Sumber Gambar: TikTok @wanmohdfauzi7

@musibathawau_007

kalau korang kat tempat akak ni pon geram…mojon pihak berkuasa ambil tindakan…#malaysiatiktok #fypシ #fypdongggggggg #fypシ゚viral #viral #pdrm

♬ original sound – MusibatHawau – MusibatHawau

Walaupun aktiviti merentas negeri/daerah telah dibenarkan kepada orang ramai, diharapkan agar aktiviti memandu kenderaan secara berkumpulan seperti ini tidak lagi mengganggu kelancaran lalu-lintas pada masa akan datang.

Ada kemungkinan kawasan yang geng konvoi masuki itu jatuh pada waktu hari berkerja sekaligus menyebabkan penduduk setempat berasa ‘kurang senang’ apabila perlu menunggu barisan dalam keadaan yang lama.

Lihat lagi beberapa rakaman dashcam menunjukkan segelintir ‘Geng Konvoi Honda’ beraksi pada hari minggu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain. 

Tinggalkan ‘Rakan’ Terlibat Kemalangan, Tindakan Geng Honda Civic Ini Buat Netizen Tergamam

Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain

‘Geng Konvoi Kereta’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Ulu Yam

 

Anda Mungkin Suka