Untuk hadir ke satu festival muzik antarabangsa adalah impian bagi sesetengah rakyat Malaysia. Tambah lagi apabila konsert tersebut dihadiri oleh artis-artis yang susah untuk kita lihat mereka hadir ke Malaysia.

Bagaimanapun, kekangan kewangan dan harga tiket yang mahal adalah antara punca mengapa tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup untuk hadir ke konsert tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebagai contoh, Coachella yang berlangsung di Amerika Syarikat. Harga tiket, penginapan, makanan dan juga pengangkutan untuk sampai ke sana adalah sangat tinggi.

Melalui pendedahan seorang rakyat Malaysia di akaun TikTok miliknya, Ivor_xianz telah mendedahkan bahawa beliau terpaksa melabur sehingga hampir RM15,000 untuk hadir ke festival Coachella di AS.

Ivor memberitahu di dalam videonya bahawa dia menghabiskan sebanyak $600 (RM2,400) untuk tiket selama 3 hari. Visanya ke AS pula berharga $170 (RM780) dan penerbangannya ke California pula menelan kos yang lebih besar iaitu $1,200 (RM4,500).

Sebaik tiba di Los Angeles, dia terpaksa menempuh perjalanan selama 2 jam ke lokasi. Di mana anda boleh melakukan dengan 2 cara iaitu dengan pas bas ulang-alik (yang berharga tambahan $185 atau RM821) atau dengan menyewa kereta harga $200 atau RM887 sehari.

Bagi penginapan pula, dia memberitahu bahawa pengunjung boleh  menempah pakej hotel bersama-sama dengan pas Coachella, tetapi ia hadir dengan bayaran tambahan yang berharga beribu ringgit atau pengunjung juga boleh menempah Airbnb yang berharga sekitar $300 (RM1,331) seorang untuk 3 malam.

Makanan di Coachella pula boleh mencecah sehingga $15 (RM66) hingga $20 (RM89), manakala minumannya lebih mahal. Ivor membayar $18 (RM80) untuk secawan air limau. Walaupun agak mahal, tetapi bagi Ivor ia berpatutan kerana saiz makanan yang besar dan boleh dikongsi.

Perbelanjaan di sana pula, difahamkan bahawa dia menghabiskan sekitar $200 (RM887) untuk 3 hari festival.

Manakala perkhidmatan menaiki shuttle kepada barangan cenderahti dan Ferris Wheel, dia menghabiskan sekitar $100 (RM444). Dan secara keseluruhan, Ivor membelanjakan sejumlah RM14,789 untuk ke Coachella.

Untuk pengetahuan anda, Coachella adalah festival muzik dan seni yang diadakan setiap tahun di Lembah Coachella di California. Ia adalah salah satu festival muzik terbesar dan paling popular di dunia sejak tahun 1999 lagi.

Setiap tahun, beribu-ribu pencinta muzik dari seluruh dunia akan menghadirkan diri ditengah-tengah padang pasir untuk menikmati hujung minggu mereka dengan persembahan yang luar biasa.