Nike telah lancarkan koleksi baju renang yang pertama untuk wanita muslim dan ia turut hadir dengan tudung kalis air.

Selepas kejayaan Nike Pro Hijab yang mula dijual pada tahun 2017, model Victory Swim kali ini hadir lengkap dengan seluar legging, baju dan juga tudung – semuanya kalis air.

Apa yang lebih menarik, Nike Pro Hijab kali ini digayakan oleh seorang anak Malaysia, Arinna Erin Wira yang juga merupakan seorang pelajar di UK.

Beliau adalah model yang bernaung di bawah syarikat Bame, salah sebuah agensi pengurusan bakat dan model di UK yang bertanggungjawab menjaga model yang datang dari latar belakang di luar eropah.

Dalam satu muat naik di laman Instagram peribadinya, Arinna berkata bahawa segala apa yang dia capai sekarang adalah disebabkan dengan rasa tidak puas dengan diri sendiri.

Dia mahukan cabaran, tetapi minda selalu menjadi penghalang apabila kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain.

Jadi beliau gunakan perkara itu sebagai motivasi untuk keluar daripada segala sikap negatif yang ada pada diri sendiri.

collage

Arinna yang pernah tersenarai di dalam 50 Wanita Cantik oleh FEMALE Magazine pada 2017 baharu saja menamatkan pengajian beliau di dalam Master of Sciene di Brunel University London.

Kejayaan Arinna untuk menjadi salah satu muka hadapan untuk jenama sukan terbesar di dunia semestinya menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah cerita lain mengenai Nike untuk bacaan lanjut. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nike ZoomX Vaporfly Disiasat Setelah Memecahkan Banyak Rekod Olahraga

Tonton Kylian Mbappé Berbelanja RM5,046.64 Untuk Beli ‘Sneakers’ Nike

Kolaborasi Stranger Things x Nike Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini