Kejayaan anak Malaysia mencipta nama di luar negara bukanlah sesuatu yang baharu lagi. Namun kejayaan Dr Eliesmaziah Alias yang mencipta tudung khas untuk barisan hadapan pasukan polis yang beragama Islam.

Sedar akan jenis kain yang digunakan oleh polis sedia ada tidak begitu sesuai dan praktikal, beliau tampil mengemukakan cadangan kepada pihak atasan polis di United Kingdom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BqMo1TpHPYt/

Tudung khas tersebut dikenali sebagai MoreSlim, dihasilkan menggunakan jenis kain yang ringan, anti-bakteria dan anti-peluh sesuai digunakan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, tudung tersebut juga dilengkapi dengan ciri keselamatan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists). MoreSlim Hijab mula digunakan oleh polis UK pada Oktober tahun lalu.

Tudung ini juga telah reka khas untuk kegunaan wanita Islam yang aktif bersukan. Ianya dijual menerusi laman web Instant Hijabs UK dalam 4 pilihan warna asas iaitu hitam, kelabu, biru dan putih.

capture-20190305-083815
sumber: Instant Hijab UK
capture-20190305-083043
sumber: Instant Hijab UK
Sumber