Kejayaan menempa nama senarai “30 Under 30 US & Canada” dalam kategori peruncitan dan e-dagang sebagai seorang anak Malaysia pastinya amat membanggakan. Kejayaan ini berjaya dicapai oleh Kimberly Ho hasil kreadibiliti produk untuk kanak-kanak, Evereden.

Difahamkan keberkesanan produk ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh bayi bahkan juga untuk seluruh keluarga kerana mempunyai kandungan yang selamat. Menerusi sebuah laporan di Forbes, Kimberly pada mulanya merupakan seorang pegawai perbankan mula mendapat idea untuk menghasilkan produk tersebut apabila beliau sering mendapat pesanan daripada rakan-rakan di tanah air untuk membawa pulang produk untuk kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

evereden

Ketika itu beliau mendapati terdapat banyak kandungan yang agak membahayakan dalam produk yang sedia ada di pasaran. Semenjak itu, Kimberly mula mendalami minat dalam mengkaji produk dan akhirnya memperkenalkan produknya sendiri. Anda boleh mendapatkan produk ini di laman web Evereden.

Sumber