Teknologi kereta pandu sendiri sememangnya sinonim dengan kemajuan automotif serta dilihat futuristik. Namun lain ceritanya dengan syarikat Uber dimana kereta ini gagal untuk mengesan pejalan kaki lantas melanggar dengan kelajuan 40km/j di Arizona, Amerika Syarikat.

Mangsa yang dikenali sebagai Elaine Herzberg berumur 49 tahun ini dikatakan sedang menuntun basikalnya sebelum dilanggar yang kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

uber-self-driving-01-rt-jc-180319_4x3_992

Menurut kenyataan polis, kenderaan tersebut sedang berada di dalam mod pemanduan sendiri dan diawasi oleh seorang operator. Kejadian yang berlaku ini juga merupakan kejadian maut pertama melibatkan pejalan kaki dan kereta pandu sendiri.

Berikutan kejadian tersebut Uber telah menggantung sementara perkhidmatan kereta pandu sendiri di beberapa buah bandar seperti San Francisco, Pittsburgh dan Toronto.

Mungkin lebih banyak lagi perhatian harus diberikan buat kereta pandu sendiri ini sebelum diimplemen secara meluas di beberapa bandar dan negara lain.