Kita sering terbaca akan kelebihan mereka yang mahir untuk berkomunikasi dalam bahasa asing ataupun bahasa yang bukanlah diajar sejak dari kecil.

Bukan saja boleh berbicara dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa di dalam bahasa pertuturan mereka, tetapi mereka yang boleh bertutur dalam banyak bahasa juga dikatakan mampu mendapat manfaat yang lebih banyak berbanding mereka yang hanya tahu bertutur satu bahasa sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam konteks negara kita, ia adalah satu pemandangan yang biasa sekiranya rakan-rakan kita yang berbangsa Cina dan India menggunakan Bahasa Melayu dalam percakapan seharian mereka.

Namun, tidak ramai di kalangan masyarakat Melayu yang mempunyai kemahiran untuk bertutur dan menulis bahasa ibunda rakan-rakan kita yang berlainan bangsa dan agama seperti bahasa Mandarin dan Tamil.

Tetapi wanita berusia 32 tahun ini yang dikenali sebagai Rasyidah Abu Johan membuktikan perkara tersebut adalah tidak mustahil untuk dilakukan.

mandarin 1
foto ihsan RTM

Bukan saja petah berbicara dalam bahasa kebangsaan, tetapi beliau juga mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin dengan lancar sehingga berjaya menjadi Pembaca Berita Mandarin RTM.

Menurut Rasyidah, kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin itu diperolehinya memandangkan dia bersekolah di sekolah aliran Cina dari darjah satu hingga tingkatan enam.

Dia yang memulakan tugas pada 26 Januari lalu juga adalah pembaca berita berbangsa Melayu pertama yang membaca berita Mandarin di rangkaian TV berkenaan seperti dilaporkan Berita Harian.

Walaupun pernah disindir di media sosial, namun Rasyidah berkata dia mendapat sokongan yang sangat kuat dari penonton berbangsa Cina dan juga Melayu.

Beliau yang pada awalnya risau tidak mendapat penerimaan penonton berbangsa Cina bagaimanapun menjelaskan dia sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada Ivan Toh, pembaca berita RTM berbaangsa Cina yang sudah lama membaca berita bahasa Melayu.

“Saya takut menimbulkan isu dan penonton bangsa Cina tak boleh menerima. Bimbang juga tidak mampu menyampaikan berita dengan baik, boleh merosakkan imej RTM.

“Sejujurnya, sudah lama saya mengimpikan untuk membaca berita Mandarin, tetapi kurang yakin dengan penguasaan bahasa,” katanya ketika ditemubual Berita Harian.

Selepas menjalanai latihan selama tiga bulan untuk mempersiapkan dirinya di hadapan kamera, Rasyidah memberitahu setakat ini dia sudah diberi peluang sebanyak dua kali untuk membaca berita Mandarin.

Perpaduan adalah merupakan nilai yang sangat berharga buat masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, ia juga dapat memastikan negara kita berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Baca bagaimana masyarakat di Semenanjung Malaysia boleh mencontohi nilai perpaduan yang diamalkan di Sabah dan Sarawak seperti kami pernah kongsikan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Masyarakat Semenanjung Wajar Contohi Nilai Perpaduan Di Sabah Dan Sarawak

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Kisah Guru Ini Menyedarkan Kami Masih Ramai Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian Dan Perpaduan

Sumber