Puan A: Doctor sakit gigi saya. Takleh makan. Rasa dah bagi penampar je.

Doktor: Puan mengandung ye. Dah berapa bulan ye. Saya periksa gigi dulu ye.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Puan A: Aha doktor saya pregnant.

Doktor: Ok. Dah berapa bulan ya?

Puan A: 3 bulan doktor. Bolehkah saya cabut gigi doktor?

Doktor: Oh, sakit jadi mahu cabutlah.

Ini situasi biasa yang saya hadapi.

Bolehkah cabut gigi semasa mengandung?

Penulis, Dr Wan Nurhana
Penulis, Dr Wan Nurhana

Jawapannya sangat boleh tetapi tidak digalakkan. Persoalan yang betul adalah bila waktu yang sesuai untuk saya cabut gigi sewaktu saya mengandung.

Kebiasaannya ibu mengandung tidak digalakkan untuk mencabut gigi semasa trimester pertama. Yakni dari bulan pertama mengandung sehingga bulan ketiga. Ini kerana kandungan masih baru. Semasa 3 bulan pertama pembentukan organ-organ dan bahagian muka keseluruhannya. Fasa kritikal adalah apabila kandungan berusia 5-8 minggu. Fasa pembahagian sel fetus.

Begitu juga bila kandungan di trimester ketiga (7-9 bulan) kerana bimbang kelahiran pramatang. Semasa trimester ketiga ibu agak sukar untuk bergerak dan baring di kerusi pergigian. Boleh berlaku supine hypotension syndrome kepada ibu di mana ibu baring dan berada dalam keadaan tidak selesa. Tekanan darah menjadi rendah disebabkan baring.

Kebiasaannya waktu yang paling sesuai untuk mencabut gigi adalah sewaktu trimester kedua (4-6 bulan). Kebiasaannya ini yang kami syorkan. Hanya kes yang amat perlu kami lakukan, kalau tidak kami nasihatkan untuk lakukan selepas kelahiran bayi.

Tips mudah untuk ibu mengandung

a. Semasa mengandung wajib ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan, mesti memberitahu doktor bahawa kita mengandung.

b. Setiap kali selepas makan atau muntah hendaklah berkumur-kumur atau minum air masak bukan air manis.

c. Kurangkan minum minuman bergas atau asam-asam kerana ia menghasilkan asid dan membuatkan gigi cepat haus dan sensitif.

Penyakit gigi boleh dicegah. Pencegahan sangat murah. Bila kita sakit, rawatan itu yang mahal.

Jadi mahu mana ibu-ibu, yang murah ke yang mahal?

Cegah penyakit gigi mudah jelah beb!

BACA: Tip Selamatkan Gigi Yang Tertanggal Daripada Seorang Doktor Gigi