Pada September 2022 lalu, sebuah Proton X50 berwarna merah ditahan semasa melalui Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH selepas ‘kantoi’ mempunyai tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.

Terbaharu, pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) telah menahan seorang wanita memandu Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam kerana didapati culas membayar tol sebanyak 45 kali.

Baca Juga:

Menurut ciapan akaun Twitter @AKLEHtrafik, pemandu wanita itu telah membayar jumlah tunggakan sebanyak RM275.65 serta-merta.

“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tidak bermoral ini. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” petik ciapan akaun Twitter konsesi tol itu.

Dalam pada itu netizen berasa kurang senang dengan tindakan wanita terbabit — walaupun memandu Mercedes-Benz, namun masih mahu culas untuk membayar tol yang jauh lebih murah berbanding nilai kereta mewah yang dipandunya itu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.