Mesti ada di antara kita yang pernah mengalami insiden di stesen minyak di mana pam yang digunakan gagal berfungsi dengan baik dan mengeluarkan minyak yang sangat laju. Mesti kita panik bukan. Itulah nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman Facebook We are Malaysians, di mana seorang wanita berada dalam keadaan cemas apabila pam minyak yang digunakan olehnya tidak berfungsi dengan baik.

Video yang berdurasi 5 saat itu telah dimuat naik sejak Sabtu lalu telah menerima lebih 45,000 jumlah tontonan sehingga ke hari ini. 

Dapat dilihat menerusi video tersebut di mana seorang wanita panik apabila pam yang digunakannya gagal berfungsi dengan baik dan terus mencurahkan minyak dengan laju. Wanita tersebut terpaksa menghalakan pam berkenaan ke lantai dan meminta tolong orang sekeliling.

Tindakannya itu sangat merbahaya kerana mungkin boleh menyebabkan kemalangan yang lebih teruk  berlaku.

Mungkin wanita tersebut lupa untuk menekan butang kecemasan yang terdapat pada pam minyak berkenaan disebabkan kerana terlalu panik atau dia tidak mengetahui fungsi butang kecemasan tersebut.

Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui fungsi sebenar butang kecemasan yang terdapat pada setiap pam minyak ini. Fungsi butang ini adalah untuk menghentikan minyak dari mencurah terlalu laju seperti yang berlaku di dalam video tersebut.

Insiden berkenaan mendapat respon yang pelbagai di ruangan komen video tersebut. Ada yang turut menyatakan bahawa mereka tidak tahu kewujudan butang kecemasan. Ada juga  netizen yang menerangkan bahawa wanita tersebut berada dalam keadaan panik sehinggakan tidak boleh berfikir dengan baik.

Terdapat juga netizen yang mengecam tindakan individu yang merakam video tersebut kerana tidak menolong wanita malang tersebut.

Ketahui cara pemilihan RON yang sesuai untuk kereta anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan

Mekanik Ini Sahkan ‘Goncang Kereta’ Adalah Perbuatan Sia-Sia Ketika Isi Minyak